Adam Lallana Dan Nathan Redmond, Pemain Terbaik England 2016

Adam Lallana dan Nathan Redmond dipilih sebagai pemain terbaik England 2016. Ianya diumumkan oleh FA England semalam.

Ianya selepas kedua-dua pemain tersebut mendapat undian tertinggi daripada ahli gabungan FA England dan juga Kelab Peminat Bola Sepak England.

Adam Lallana memenangi anugerah individu tertinggi FA England iaitu Pemain England 2016. Ianya selepas memenangi 36% undian meninggalkan Jamie Vardy (12%) dan Wayne Rooney (8%).

Manakala Nathan Redmond memenangi Anugerah Pemain Muda Terbaik 2016 dengan undian 32%. Beliau menewaskan James Ward-Prowse (25%) dan Ruben Loftus-Cheek (12%).

Lallana adalah pemain utama dalam skuad England pada 2016. Beliau menjaringkan gol pertama beliau untuk England pada September 2016, yang membantu England menang ke atas Slovakia.

Pada November, Adam Lallana menjaringkan gol ke atas Scotland dan Sepanyol di Wembley.

Bercakap kepada TheFA.com, Adam Lallana berkata:

“Anugerah ini sangat besar maknanya. Sebelum ini 3 pemenang terakhir adalah Wayne Roney 2015 & 2014 serta Steven Gerrard 2013. Ia membuktikan anugerah ini sangat berprestij.”

“Ianya baru berlaku, namun saya tidak mahu ianya untuk satu musim. Saya mahu terus beraksi cemerlang untuk seberapa lama yang boleh.”

“Musim lalu adalah tahun yang mengecewakan untuk England secara keseluruhannya, saya tidak sabar-sabar untuk membantu skuad ini menjadi lebih baik pada 2017.”

“Saya juga gembira untuk membina semula pasukan England bersama-sama dengan Gareth Southgate. Banyak perkara positif berlaku sejak beliau mengambil alih.”

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berkata:

“Saya rasa dia benar-benar berhak kerana dia sangat cemerlang tahun lalu untuk England. Saya gembira dengan apa yang dia lakukan dan apa yang dia capai.”

Nathan Redmond pula pemain penting dalam membantu skuad England menjuarai Toulon Tournament 2016. Beliau juga membantu pasukan untuk layak ke Piala Eropah B-21 2017 Bawah 21.

Mereka mara dengan tanpa sebarang kekalahan di pusingan kelayakan. Penyerang Southampton ini berkata:

“Saya gembira. Saya menentang beberapa lagi nama lain yang layak menjadi pemenang. Jadi saya rasa, ia menggambarkan hebatnya pencapaian ini.”

Tahniah kepada kedua-dua pemain terbaik England 2016 ini. Mereka selayaknya menang selepas aksi cemerlang dalam skuad kebangsaan England musim lalu.

Baca juga: Karren Brady Tawarkan Pakej Istimewa Untuk Pemulangan Jersi Payet

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN