Pembangunan bola sepak di negeri Kedah dilihat mula mengorak langkah lebih maju apabila terbaharu mereka telah pun menjalin kerjasama bersama LaLiga.
Kerjasama itu terhasil menerusi kelab pembangunan bola sepak negeri tersebut iaitu Hijau Kuning FC (HKFC) pada dua hari lalu bersama LaLiga yang telah pun dimeterai di Madrid, Sepanyol.
Sebelum itu, HKFC telah pun ditubuhkan pada tahun lalu, berdasarkan cetusan idea ‘Projek Menjelang 2000’ yang diperkenalkan oleh bapa pembangunan bola sepak Kedah iaitu Allahyarham Datuk Paduka Haji Ahmad Basri Bin Mohd Akil pada tahun 2021.
Tujuan utama HKFC ditubuhkan adalah untuk melahirkan lebih ramai pemain bola sepak profesional untuk Kedah dan skuad kebangsaan pada masa hadapan.
BERITA DARI SEPANYOL, HIJAUKUNING FC DAN HAFIY MULA LAWATAN KE KELAB GRANADA FC
Anda boleh mendapatkan info terkini Hafiy dan aktiviti HK FC sepanjang tahun di:
🌐https://t.co/cmO5JRWH1O pic.twitter.com/qoSAynnjD6
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) November 8, 2022
Kelab ini juga merupakan rakan strategik bersama pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman (KDA) dalam membangunkan bakat-bakat baharu negeri tersebut sejak penghujung tahun lalu.
Tujuan kerjasama itu dibuat adalah untuk membangunkan lagi bakat-bakat muda di Malaysia dengan struktur lebih profesional pada masa akan datang.
Majlis kerjasama tersebut dihadiri oleh Octavi Anoro selaku Pengarah Pembangunan Antarabangsa LaLiga, Duta Malaysia di Sepanyol iaitu Dato’ Akmal Che Mustafa, serta Muhammad Talhah Zainol sebagai Presiden HKFC.
Menerusi kerjasama yang terjalin, LaLiga akan berkongsi kepakaran serta pengalaman mereka bersama wakil kelab dari Malaysia itu.
Untuk fasa pertama, tiga kelab Sepanyol bakal terlibat untuk berkongsi kepakaran dari segi pembangunan akademi remaja mereka iaitu Atletico Madrid, RCD Espanyol, dan CD Leganes.
HIJAU KUNING FC MAHU HAFIY KEMBANG BAKAT DI SEPANYOL
Sesi santai bersama Hijau Kuning FC, Rakan Rasmi Akademi Bola Sepak KDA FC petang tadi di Sang Kenari House diadakan bagi meraikan pemain muda berbakat Kedah, Mohammad Hafiy bin Hamdan, 17 tahun yang akan ke Madrid Isnin ini. pic.twitter.com/d4K5ihfIqu
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) October 28, 2022
Ketiga pasukan tersebut bakal bekerjasama bersama HKFC di lokasi berbeza dengan pengendali tempatan kelab itu bakal melibatkan diri sekali dalam program yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Perjanjian yang termeterai itu bakal berjalan selama dua tahun dan tamat pada Julai, 2024 dengan tiga fasa bakal dilalui HKFC untuk menjalani program pembangunan tersebut bersama LaLiga.
“HKFC jelas sangat bangga untuk menandatangani perjanjian bersama LaLiga yang dilihat dapat menaikkan mutu kejurulatihan, pengurusan teknikal, serta meningkatkan lagi program pembangunan akar umbi.
“Pihak kami juga sangat yakin mengenai kemampuan LaLiga untuk mengembangkan lagi program kami dalam masa dua tahun perjanjian yang dibentuk ini.
“Apa yang mereka akan kongsikan adalah program kejurulatihan dengan kaedah mereka tersendiri, struktur dan pengetahuan bola sepak moden, dan lain-lain lagi.
“Kerjasama ini merupakan satu titik permulaan untuk masa depan pembangunan akar umbi bola sepak di Kedah dan kami harap lebih ramai akan mengambil peluang ini untuk bekerjasama, sekali gus mampu melahirkan lebih banyak bintang-bintang baharu di Kedah dan Malaysia,” jelas Muhammad Talhah bin Zainol yang merupakan Presiden HKFC.
📸 Sekitar Majlis Menandatangani MoU bersama Rakan Rasmi Akademi Bolasepak Remaja KDA FC 2020, REDS DEFENCE (Akademi Hijau Kuning FC) yang berlangsung sebentar tadi di KDA FC, Wisma PKNK, Alor Setar.#KDAFC #DemiHijauKuning #REDS #HKFC pic.twitter.com/mA5xSTwMyT
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) December 24, 2021
Selain Malaysia yang diwakili oleh HKFC, beberapa negara lain di Asia turut bekerjasama bersama LaLiga untuk program pembangunan akar umbi ini seperti Singapura dan Jepun.