LaLiga Digantung Tanpa Tarikh Khusus

Semua pertandingan bola sepak di Sepanyol termasuk La Liga telah digantung tanpa tarikh khusus untuk dimulakan semula tatkala pohak kerajaan cuba mengawal penularan wabak coronavirus.

Sebelum ini La Liga mengumumkan akan menangguhkan pertandingan selama dua minggu, sebelum Sepanyol mengumumkan keadaan darurat.

Bola sepak tidak akan dimulakan selagi kerajaan Sepanyol tidak menganggap keadaan selamat dan tidak mengancam kesihatan rakyat secara amnya.

Sehingga sebelum saingan dtangguhkan pada awal Mac, Barcelona adalah pendahulu La Liga dengan kelebihan dua mata.

Satu kenyataan bersama oleh Persatuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) dan La Liga dikeluarkan semalam juga berkata:

“RFEF dan La Liga mahu mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang sedang berjuang dan berusaha sebaik mungkin memberikan khidmat mereka kepada penduduk Sepanyol.

“Kami juga mahu mengucapkan takziah sebagai wakil dari dunia bola sepak kepada semua keluarga mangsa yang telah hilang orang tersayang.”

Keputusan UEFA meminda pertandingan bola sepak serantau kejohanan eropah ke tahun hadapan bermakna akan ada lebih banyak masa untuk liga bola sepak di seluruh eropah menyelesaikan saingan tertangguh pada musim ini.

La Liga mulai menangguhkan saingan pada musim ini selepas seorang pemain bola keranjang yang berkongsi kemudahan dengan pemain Real Madrid disahkan positif COVID-19.

Real kini berada di tangga kedua di belakang Barcelona.

Pada Ahad lalu, kerajaan Sepanyol menyambung kembali tempoh darurat yang sepatutnya berakhir pada penghujung Mac kepada 11 April.

Kes positif di negara tersebut meningkat kepada 33,089 pada Isnin, dari 28.572 kes pada hari sebelumnya.

Sehingga artikel ini ditulis, 2.182 kematian akibat COVID-19 telah direkodkan di Sepanyol.

Baca artikel lain kami mengenai La Liga:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN