Lali Dengan Tekanan, Dollah Salleh Tekad Cari Jalan Elak Tragedi Musim 2016 Berulang

Ketua jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh akan memikirkan jalan terbaik untuk memastikan pasukan tidak tersingkir awal dalam saingan TM Piala Malaysia musim ini bagi mengelakkan tragedi 2016 berulang kembali.

Juara empat kali Piala Malaysia ketika itu berada di bawah bimbingan Razip Ismail pada musim 2016 yang menyaksikan mereka gagal ke suku akhir sebelum Dollah Salleh kembali mengendalikan pasukan pada musim 2017 dan berjaya mara sehingga ke separuh akhir pada tahun 2019.

Justeru, pengendali berusia 58 tahun ini menyifatkan masih belum terlambat untuk barisan pemain kembali mendapatkan prestasi terbaik bagi terus berjuang memburu kemenangan pertama selepas dua kali tewas dalam aksi kumpulan A ketika ini.

Dollah Salleh Sri Pahang KL City Piala Malaysia 2021
FOTO: SRI PAHANG

Apa yang pasti, mereka perlu belajar daripada kesilapan yang lalu dan kembali memperbaiki kelemahan dalam tempoh rehat selama hampir satu bulan sebelum kembali beraksi.

“Secara jujur, memang saya boleh katakan agak bergelut untuk mara ke suku akhir, tetapi sekarang bukan masa untuk mengangkat bendera putih sebab macam-macam mana pun kami kena terus berjuang juga.

“Sekarang saya nak pemain-pemain lupakan apa yang pasukan sudah lalui sebelum ini dan fokus untuk perlawanan akan datang sebab kalau mereka terus fikirkan kekalahan demi kekalahan yang lepas, memang benda ini akan berterusan seperti itu.

“Masing-masing kena fikir macam mana kita nak atasi benda ini dan untuk dapatkan balik kemenangan sebab kita bukan tiada peluang, masih ada peluang lagi nak menang, cuma kena lebih positif dan perbaiki balik kelemahan”, jelasnya.

Dalam masa sama, Dollah mengakui tidak terlalu tertekan memikirkan posisinya selaku ketua jurulatih disebalik prestasi pasukan yang tidak menentu ketika ini kerana apa yang lebih penting adalah untuk meletakkan kembali Sri Pahang ke kedudukan yang lebih baik.

“Sebenarnya saya sudah lali dengan benda-benda seperti ini sebab macam-macam rintangan saya dah tempuh dalam karier.

“Ada pahit dan ada manis, jadi saya tiada nak fikir negatif sangat pun mengenai perkara macam ini dan nak cakap tertekan sangat pun, tiada la sampai macam tu.

“Yang penting sekarang, saya tetap positif dan saya lebih fikirkan untuk macam mana kita nak tempuh bagi perlawanan-perlawanan akan datang, itu sahaja”, tambahnya.

Sri Pahang kini masih lagi gagal meraih sebarang mata selepas tewas dalam dua perlawanan ketika menentang Kuala Lumpur City FC dan Sarawak United FC.

Saingan TM Piala Malaysia akan kembali bersambung pada 29 Oktober bagi memberi laluan kepada skuad negara yang kini berada di Amman, Jordan bagi menghadapi Perlawanan Antarabangsa Tier 1.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN