Lagenda Kedah, Nelson San Martin ‘Hijrah’ Ke Pulau Lagenda?

Nelson San Martin 2013 Kedah

Penyokong Kedah pastinya masih ingat dengan lagenda Double Treble, Nelson San Martin. Dalam perkongsian terbaharu di media sosialnya, bekas arkitek Kedah itu berkongsi gambar beliau di lapangan terbang untuk berangkat ke Malaysia.

Going back to my country !!!” memetik kenyataan pemain yang ketika di Kedah telah mencipta nama bersama penyerang berbisa, Marlon Alex James dan pertahanan kental, Bernard Hugging ‘Outlaw’ di Liga Malaysia untuk dua musim.

Menurut perkongsian beberapa sumber, pemain tengah yang dahulu terkenal sebagai playmaker berkesan dengan hantaran-hantaran, sepakan percuma serta hantaran lintang tepat itu bakal mengendalikan sebuah pasukan di Liga Malaysia.

Tidak menamakan mana-mana pasukan, hasil pencarian di laman-laman sosial kelab serta berpandukan komentar para penyokong di gambarnya, Nelson Sam Martin dijangkakan akan menuju ke pulau lagenda, mengendali Langkawi City FC.

Langkawi City FC bermain di Liga M3 dan hasil semakan sehingga kini, mereka belum memiliki pengendali pasukan untuk saingan musim 2020. Pada musim lalu, pasukan ini telah dibimbing oleh seorang lagi lagenda Hijau Kuning, Manja Man.

Nelson San Martin Kedah 2008
Nelson San Martin sebelum meninggalkan Liga M pada 2008. FOTO: TV3

Mereka menamatkan musim lalu di kedudukan ke-12 daripada 14 pasukan dan hanya dipisahkan satu mata daripada Penjara FC yang tersingkir ke Liga M4.

Berita ini turut dikongsikan oleh bekas pengendalinya, Azraai Khor Abdullah dengan memuat naik kenyataan, “Welcome back Nelson San Martin. The legend is back.”

Di era kegemilangan Kedah, Nelson San Martin, Marlon Alex James dan Bernard Hugging membentuk skuad ampuh bersama anak tempatan Kedah seperti Khyril Muhymeen, Baddrol Bakhtiar dan juga penolong jurulatih Kedah kini, Victor Andrag.

Kedah telah meraih kejuaraan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia sekaligus, dua tahun berturut-turut iaitu pada musim 2006 dan 2007, malah menjadi satu-satunya pasukan yang berjaya melakukan Double Treble di Liga Malaysia setakat ini.

Pada 2009, ketiga-tiga pemain ini terpaksa meninggalkan Liga Malaysia apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengharamkan pemain import.

Kini, Nelson San Martin telah kembali ke bumi Darul Aman. Adakah benar Langkawi City FC akan mendapat sentuhannya sebagai pengendali pasukan?

KREDIT FEATURED IMAGE: KEDAH FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN