Arsenal mengumumkan bahawa Alexandre Lacazette sebagai Pemain Terbaik musim 2018/9 selepas mendapat undian tertinggi daripada peminat Arsenal.
Perkara itu diumumkan secara rasmi oleh Arsenal dalam laman rasmi mereka.
Introducing our 2018/19 Player of the Season… Alex Lacazette! 🔥
Big congratulations, @LacazetteAlex 👏
— Arsenal (@Arsenal) May 3, 2019
Lacazette antara pemain yang banyak memberikan impak kepada Arsenal musim ini menerusi gol, bantuan gol serta kemampuan beliau untuk menyempurnakan sepakan percuma.
Nobody does sauce like Laca 😎
🍯 @LacazetteAlex pic.twitter.com/ZWRkxoIO9P
— Arsenal (@Arsenal) May 3, 2019
Beliau menjaringkan gol dalam aksi seperti menentang Liverpool, Spurs, Chelsea dan terbaru ke atas Valencia.
Want a reminder of who you voted as our Player of the Season? Please, @MatteoGuendouzi, do the honours… 😉
🤣 @LacazetteAlex pic.twitter.com/3KiJ9C0tas
— Arsenal (@Arsenal) May 3, 2019
Lacazette merupakan pemain yang boleh menjadi ‘game changer’. Beliau ada kepantasan dan juga mampu menjaringkan gol dalam keadaan yang genting.
Penyokong Arsenal pastinya meletakkan beliau sebagai salah seorang pemain kegemaran mereka berdasarkan kualiti dan personaliti beliau.
Gandingan Lacazette dan Aubameyang seringkali menjadi kegerunan kepada lawan mereka. Setakat ini Alexandre Lacazette sudah menjaringkan 18 gol dan 9 bantuan gol dalam semua pertandingan untuk Arsenal.
Dalam liga pula Lacazette meledak sebanyak 13 kali dan melakukan ‘assist’ sebanyak 8 kali.
Lacazette mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang mengundi beliau. Ternyata Lacazette berbangga dengan pengiktirafan ini.
"Thank you to everyone who voted for me to be Player of the Season – I'm so proud… thank you so much!" ✌️@LacazetteAlex with the acceptance speech 🏆 pic.twitter.com/Y911QgTvoQ
— Arsenal (@Arsenal) May 3, 2019
Lacazette dan Arsenal masih berjuang dalam pertandingan Liga Europa. Dan dalam pada masa yang sama mereka juga masih berusaha untuk berada dalam kelompok 4 teratas pada musim ini.