Mesej Panas Dari Labinot Harbuzi Buat Pengurusan MUSA

Kira-kira sejam yang lalu, bekas pemain Melaka, Labinot Harbuzi memuat naik status pendek yang mengecam pengurusan Melaka United ataupun MUSA.

Ini memarakkan lagi api persengketaan di antara MUSA dengan bekas pemain Melaka tersebut.

Sebelum ini Labinot Harbuzi mendakwa pengurusan Melaka masih berhutang dengan beliau. Namun hal tersebut pantas dinafikan MUSA.

Dalam kenyataan sebelum ini Datuk Wira Yusoff Mahadi berkata:

“Setakat ini, kami sudah melunaskan tiga bulan bonus dengan baki hanya dua bulan. Kami boleh membayar baki yang ada tapi kami mengikut perjanjian asal.”

Yusoff Mahadi juga memberikan amaran untuk mengheret kes tersebut ke mahkamah jika Labinot Harbuzi berterusan menuntut bonus yang beliau tidak berhak dapat.

Dalam status beliau sebentar tadi pula, Labinot Harbuzi menyebut beberapa nama-nama pemain import yang silih berganti dalam pasukan Melaka dalam tag status beliau.

Mereka adalah Yashir Pinto, Illija Spasojevic, Omid Nazari, Alex Tudose, Balsa Bozovic, Goodwin Antwi. Ini termasuk nama beliau sendiri.

Beliau juga menyebut ‘pemain-pemain tempatan’, yang kami rasakan merujuk kepada nama-nama pemain tempatan yang sudah ditukar ganti.

Harbuzi seakan-akan menyindir pengurusan MUSA kini berterusan menukar ganti pemain tetapi tidak memperbaiki aspek pengurusan pasukan yang bermasalah.

Harbuzi kemudian menyatakan, pemain bukan punca utama masalah yang melanda pasukan Melaka sekarang. Sebaliknya ia adalah kerana kegagalan pihak pengurusan yang dilabel oleh Harbuzi sebagai kosong.

Harbuzi berkata:

“Teruskanlah (menukar pemain). Ia bukan masalah kerana para pemain. Ia adalah masalah kerana pihak pengurusan yang kosong ilmu (dalam bola sepak).”

Harbuzi kemudian menyatakan simpati beliau kepada penyokong Melaka yang kini dalam kecewa dengan prestasi semasa pasukan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN