Perbualan: Labinot Harbuzi Kritik MUSA, Ucap Terima Kasih Kepada Penyokong Melaka

Pada petang tadi, pihak kami berjaya mendapatkan komen dari Labinot Harbuzi berkenaan dengan ketidakpuasan hati beliau ke atas MUSA.

Dalam muatnaik status beliau tengah malam semalam, beliau melabel pengurusan Melaka United (MUSA) sebagai kosong ilmu dalam bola sepak.

MUSA berterusan menukar ganti pemain tempatan dan import di dalam pasukan mereka dan tidak ada usaha memperbaiki diri sendiri dalam mendalami ilmu pengurusan bola sepak.

Ikuti perbualan kami (SB) dengan Labinot Harbuzi (LH).

SB: Selamat petang Labinot Harbuzi, kami mendapat tahu yang anda tidak berpuas hati dengan pihak MUSA berkenaan dengan beberapa perkara.

LH: Selamat petang. Ya! Melaka masih tidak membayar hak saya, iaitu duit saya.

SB: Beberapa minggu lalu pihak MUSA menyatakan tuduhan anda tidak berasas. Anda cuba menjatuhkan kredibiliti MUSA. Mereka ingin mengambil tindakan kepada kenyataan anda yang dianggap fitnah.

LH : Haha.. Tidak mengapa la kawan. Mereka nak menutup kesalahan sendiri dan cuba menampakkan saya yang jahat. Mereka cuba bercakap benda b*** sh**!! kepada media untuk menyelamatkan punggung (a**) mereka.

SB : Menurut MUSA, mereka sudah membayar bonus yang sepatutnya anda dapat.

LH: Ya saya ada menerima bayaran tetapi saya mereka masih berhutang U$D35,000 dengan saya. Dan mereka berbohong menyatakan mereka sudah langsaikan semua hak saya. Nah ini antara bukti dokumen janji mereka dengan saya.

Mereka sebelum ini memberitahu saya minta saya bersabar. Mereka berkata, ‘Labinot tunggu dulu, kami buat masa ini tiada duit.’

Saya OK mulanya. Tetapi apabila mendengar mereka berterusan menukar ganti pemain import. Tidakkah itu menggunakan duit? Betul ke mereka tiada duit?

Mereka menyingkirkan Aguero, Spaso dan kemudian Goodwin (Antwi). Adakah itu tak menggunakan duit? Mereka kena bayar juga baki kontrak pemain-pemain itu.

Dan tak lupa lepas tu pecat jurulatih (Eric). Dan kemudian memberitahu saya, Labinot, sabar. Kami sedang mencari duit untuk selesaikan duit anda.

Saya ingat lagi. Sebelum ini, tidak lama selepas mereka minta saya bersabar, mereka menamatkan kontrak Omid Nazari. Saya yakin kes itu akan ke FIFA juga.

Yang pasti apa mereka harus membayar apa yang sepatutnya mereka bayar!

SB: Apa yang akan anda lakukan selepas ini?

LH: Tunggulah sedikit masa lagi. Saya akan muat naik semua dokumen, rakaman perbualan, mesej yang berkaitan di facebook saya. Saya ada hitam putih tentang hal itu.

Semuanya ada atas kertas ada termaktub dalam kertas kontrak. Dan saya sudah pun menghantar kes ini ke FIFA. Isu ini akan jadi besar.

SB: Satu langkah yang sepatutnya dari anda jika benar anda ditindas.

LH: Ya! Saya memang kena buat. Dan saya berharap anda terbitkan perbualan ini sebab mereka telah cuba membuatkan saya sebagai orang jahat dalam hal ini.

SB: Akhir sekali, anda ada pesanan kepada penyokong Melaka dan peminat anda di Malaysia

LH: Melaka ada penyokong yang hebat tetapi sayangnya pengurusan mereka suka berdolak-dalik.

Kepada semua penyokong Melaka. Saya sangat menghormati anda semua. Anda semua telah banyak menyokong pasukan Melaka terutama sekali pada musim lalu.

Terima kasih di atas semua kenangan manis yang anda berikan kepada saya sepanjang saya di sana.

– Tamat –

Itulah perbualan kami dengan Labinot Harbuzi. Sama-sama kita tunggu penjelasan dari pihak MUSA selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN