“La Tunggu Kedah Dulu”- Rizal Ghazali Menanti Tawaran Bersama Sang Kenari

Pertahanan kental tempatan, Rizal Ghazali dilaporkan masih belum menandatangani kontrak bersama mana-mana pasukan dengan beliau menyatakan hasrat untuk kembali menyarung jersi Kedah Darul Aman (Kedah).

Rizal yang beraksi untuk Sabah selama dua musim sebelum ini menjadi antara pemain tempatan cukup menyerlah, apabila beliau sentiasa menjadi pilihan utama Datuk Ong Kim Swee di posisi tersebut.

Malah, pemain tersebut turut beraksi sebanyak tiga perlawanan untuk Sabah bagi saingan Piala AFC dengan satu bantuan jaringan dilakar oleh pertahanan kental itu.

Musim lalu menyaksikan Rizal telah pun beraksi sebanyak 27 perlawanan di peringkat domestik bersama The Rhinos dan berjaya mencatat tiga gol bersama enam bantuan jaringan secara keseluruhan.

Untuk saingan hadapan, pemain tersebut dilaporkan tidak lagi bersama Sabah, dan beberapa kenyataan di media sosial mengaitkan Rizal bersama pasukan lain seperti Kedah dan Selangor.

Walaupun begitu, Rizal secara peribadi mengakui beliau masih menunggu tawaran rasmi dapat diberikan oleh Sang Kenari kepada beliau untuk mengharungi saingan pada musim akan datang.

Jelas Rizal, beliau mahu bersama Kedah untuk saingan hadapan atas faktor masalah kesihatan dihadapi oleh ahli keluarganya sendiri dan memutuskan untuk tidak sertai mana-mana pasukan luar.

Pemain berusia 31 tahun itu juga mengakui beliau ada menerima beberapa tawaran daripada kelab lain, tetapi Rizal harus memikirkannya semula atas faktor kesihatan dihadapi ahli keluarga tersayang.

“Duduk Kedahlah, orang tua (ayah) pun tak sihat dah. La tunggu Kedah dulu (tawaran rasmi). Sekarang semua masih diam lagi, Sekarang liga pun lambat, banyak team yang ‘hold’ dulu,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Jika dilihat pada situasi semasa, agak sukar untuk Kedah memberikan tawaran baharu kepada Rizal kerana mereka dilaporkan masih bertungkus lumus untuk menyelesaikan isu dalaman yang berlarutan sejak penghujung tahun lalu.

Namun jika ianya berjaya diselesaikan dengan pantas, berkemungkinan besar Rizal bakal mendapat tawaran semula untuk kembali memperkukuhkan aspek pertahanan Sang Kenari.

Nama Rizal bukan lagi sesuatu asing buat arena bola sepak di Kedah, apabila beliau tampil mencuri perhatian ramai ketika era kejurulatihan Tan Cheng Hoe sehingga nama pemain itu turut dipanggil menyertai kem kebangsaan.

Hadir dengan stamina cukup tinggi, kekuatan fizikal serta disiplin di posisi pertahanan, Rizal juga memiliki kelebihan tersendiri di hadapan gol menerusi rembatan tepat dari luar petak penalti.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN