PSG sudah pun menghantar wakil mereka ke Sepanyol untuk mendepositkan wang berjumlah €222 juta. Angka yang merujuk kepada pemebelian klausa perlepasan Neymar.
Klausa perlepasan tersebut terkandung dalam kontrak Neymar yang ditandatangani pada 17 Julai 2016 lalu. Ini bermakna, Neymar meninggalkan Barcelona kurang setahun daripada tarikh montrak lanjutan.
PSG diwakili oleh peguam Juan de Dios Crespo, peguam pakar dalam menyelesaikan kes-kes berprofil tinggi dalam bola sepak.
Baru-baru ini, beliau berjaya melepaskan Messi daripada penggantungan FIFA kerana mencarut dengan pengadil. Crespo dicabar Javier Tebas yang menghalang perpindahan tersebut. Tebas menuduh kelab PSG menggunakan sumber kewangan yang meragukan.
Tebas minta UEFA menyiasat dari mana sumber duit oleh PSG sehinggakan mereka tiada masalah untuk membayar klausa perlepasan bernilai €222 juta.
Tebas menuduh Qatar Sports Investment yang terlibat di dalam perjanjian tersebut ada menerima dana dari kerajaan Qatar.
FIFA dan UEFA melarang sebarang campur tangan politik ataupun kerajaan sesebuah negara dalam urusan bola sepak sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.
Jadi, buat masa ini, jika Barcelona melepaskan Neymar ke PSG. La Liga menganggap ia hanya dikira sebagai perpindahan sementara kerana FFP akan mengeluarkan laporan kewangan semasa semua kelab pada hujung bulan ini.
Tebas yakin, tiada alasan untuk PSG tidak disabitkan dengan kesalahan FFP dengan membeli klausa perlepasan Neymar.
Semalam Barcelona memberitahu yang mereka hanya menunggu duit klausa tersebut dibayar sepenuhnya dalam 1 transaksi (one off), barulah mereka melepaskan Neymar ke PSG.
Tebas berkata:
“Kami (La Liga) tidak boleh menerima duit itu. Ianya dari sumber yang tidak sah. Kami liga yang berprestij dan dihormati.”
“Masalah utama, Neymar telah dibeli oleh kelab yang tidak bersih dari segi kewangan. Mereka ada jurang kelebihan yang besar berbanding pasukan lain. Kelab itu mendapat dana dari syarikat yang bukan menjana pendapatan mereka sendiri sepenuhnya. Mereka mendapat suntikan dana dari kerajaan.”
“Urusan perpindahan Neymar dari Santos ke Barca pada 2013 masih belum selesai. Walaupun PSG tidak membayar jumlah klausa Neymar, kami tetap akan melaporkan perkara ini kepada UEFA.”
“Kami sudah memberikan amaran kepada Presiden PSG jika mereka meneruskan polisi perpindahan mereka.Dengan mendapatkan Neymar, mereka masih bukan pasukan yang mampu menandingi nilai komersil Real Madrid dan Barcelona.”
Sumber
Marca – http://www.marca.com/en/football/barcelona/2017/08/03/5982f446ca4741fb698b4638.html