La Liga secara rasminya sudah menggugurkan nama pemain midfield, Gavi dari senarai skuad utama Barcelona di laman web utama saingan liga bola sepak Sepanyol itu.
Barcelona sememangnya berdepan masalah untuk mendaftarkan Gavi sebelum ini dengan pemain muda itu juga turut menarik minat kelab-kelab seperti Manchester United dan Liverpool.
Pemain berusia 18 tahun itu telah ditawarkan kontrak baru oleh Barca pada September lalu yang mana dalam kontraknya mengandungi klausa perlepasan bernilai €1 billion.
🚨 Official: Gavi is no longer a first team player, La Liga confirms. pic.twitter.com/6yqb31YVwZ
— Managing Barça (@ManagingBarca) March 24, 2023
Selain klausa tak masuk akal itu, Barca juga menjanjikan yang pemain midfield itu akan diberikan jersi nombor enam oleh pihak kelab pada musim ini.
Pada ketika Barca menawarkan kontrak itu, Gavi masih lagi sedang dalam kontrak bersama skuad remaja dan The Athletic melaporkan ada klausa lain yang akan membolehkan untuk beliau meninggalkan kelab tanpa perlu memikirkan klausa €1 billion itu.
Terdapat klausa yang menyatakan bahawa Gavi bebas meninggalkan kelab seandainya beliau tidak boleh didaftarkan ke dalam senarai skuad utama sebelum 30 Jun 2023.
Pada Januari lalu, Barcelona telah membuat rayuan untuk mereka mendaftarkan pemain muda itu dek kerana La Liga telah menolak pendaftaran Gavi sebelum itu.
La Liga have removed Gavi from Barça’s squad list on their official website and he will no longer wear the No.6. ❌
The Spanish courts confirmed the cancellation of his contract and if the situation remains as it is, the player will be a free agent this summer. pic.twitter.com/OCCJnJwBqt
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) March 24, 2023
La Liga menolak pendaftaran pemain muda itu kerana mereka mendakwa Barcelona telah melanggar peraturan melibatkan pembayaran gaji.
Mahkamah kemudiannya memberi kelonggaran yang membenarkan skuad kendalian Xavi itu untuk mendaftarkan nama Gavi.
Walau bagaimanapun, mahkamah kemudiannya memilih untuk berpihak kepada La Liga selepas mereka mendakwa yang Barca menghantar surat permohonan atas dua kes berbeza melibatkan kontrak, yang mana ia sudah terlewat untuk memuktamadkan kontrak pemain tersebut.
Lebih buruk untuk gergasi Sepanyol itu, permohonan pihak kelab untuk mendaftarkan Gavi telah ditolak oleh pihak mahkamah pada minggu ini.
Menurut sumber laporan dari ESPN, La Liga kini sudah membuat keputusan muktamad dan menyingkirkan nama Gavi dari senarai skuad utama Barcelona.
❗| La Liga has removed Gavi as a first team player on the official website. He will return to number 30. #fcblive pic.twitter.com/atXrl4Qsyb
— BarçaTimes (@BarcaTimes) March 24, 2023
La Liga singkirkan nama Gavi dari senarai skuad utama Barcelona
Di laman rasmi La Liga, mereka sememangnya akan menyenaraikan senarai pemain untuk setiap 20 kelab yang bersaing di pentas utama liga bola sepak Sepanyol itu.
Dan nama Gavi sudah disingkirkan dari senarai skuad utama Barcelona oleh pihak La Liga sebaik mahkamah memutuskan yang Barca tidak boleh mendaftarkan pemain muda itu.
Dek kerana hal tersebut, masa depan Gavi bersama kelab juga sepertinya semakin samar-samar dan pemain kebangsaan Sepanyol itu mungkin akan meninggalkan kelab pada jendela perpindahan musim panas nanti.
Seandainya Gavi memilih untuk meninggalkan kelab, jelas sekali banyak kelab-kelab gergasi Eropah yang akan sangat berminat mahu mendapatkan khidmatntya.
RESMI : La Liga telah menghapus Gavi dari daftar pemain skuad Barcelona, statusnya kembali sebagai pemain akademi. ❌
Klub manapun bisa melakukan pendekatan kepada Gavi karena ia akan berstatus free transfer di musim panas. pic.twitter.com/6v66WhsPtP
— Extra Time Indonesia (@idextratime) March 24, 2023
Liverpool, Manchester City dan Manchester United antara pasukan yang paling berminat mahu mendapatkan pemain berusia 18 tahun.
Gavi sementara itu boleh terus bermain bersama Barcelona kerana beliau masih terikat dengan kontrak skuad remaja bersama kelab.
Seandainya Gavi masih tidak boleh didaftarkan, maka Barca mungkin akan berdepan rugi besar kerana bintang muda itu boleh meninggalkan kelab pada musim panas ini.
Klausa tak masuk akal yang Barca letakkan dalam kontrak pemain itu sepertinya tiada makna apa-apa andai beliau tidak boleh didaftarkan.