Real Madrid kembali ke puncak La Liga selepas menewaskan Espanyol dengan kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Casemiro di Stadium RCDE pada awal pagi tadi.
Zinedine Zidane membuat empat pertukaran dalam kesebelasan utama ketika menang ke atas Real Mallorca tempoh hari dengan kembali menyenaraikan Marcelo, Casemiro, Isco dan Toni Kroos.
Real Madrid yang memperoleh deretan peluang pada awal perlawanan gagal menjaringkan sebarang gol sehinggalah Casemiro memecah kebuntuan dengan menyudahkan hantaran kuisan Karim Benzema sebelum tamat babak pertama.
1 – @Benzema has provided 117 assists for @realmadriden in all competitions. The first goal vs Espanyol has been the first one scored by @Casemiro. Skill pic.twitter.com/GTIihRfEa1
— OptaJose (@OptaJose) June 28, 2020
Espanyol yang sedang bergelut di zon penyingkiran ternyata sukar untuk mengatasi dominasi Real yang terus mengasak ke kubu merka sepanjang perlawanan, namun kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.
Kemenangan Real Madrid buat kali kelima berturut-turut sejak saingan liga kembali bersambung membolehkan mereka mengatasi Barcelona dengan kelebihan dua mata selepas kelab Catalan itu seri 2-2 dengan Celta Vigo pada Sabtu.
Espanyol pula kekal terperosok di tangga tercorot, 10 mata daripada zon selamat dan menjadikan rekod kekal di liga utama selama 26 tahun kini semakin goyah.
✅ v Eibar
— LALIGA English (@LaLigaEN) June 28, 2020
✅ v Valencia
✅ v Real Sociedad
✅ v RCD Mallorca
✅ v Espanyol
💜🔝💜 @realmadriden are the only team in #LaLigaSantander with an 100% record since the competition returned!#EspanyolRealMadrid pic.twitter.com/2gAp01Ifc9
Untuk perlawanan seterusnya, Real Madrid akan melayan kunjungan Getafe pada Khais sementara Espanyol pula akan bertemu Real Sociedad di tempat lawan.
Real kini mengharapkan seteru setempat mereka, Atletico Madrid dapat melakukan sesuatu apabila bertemu Barcelona pada hari yang sama.