Ada 2 perlawanan La Liga berlangsung pada awal pagi tadi. Berita menarik pastinya tentang 12 gol dihasilkan daripada 2 perlawanan tersebut dan 2 pemain melakukan hatrik di tempat yang berbeza iaitu Messi dan Simeone Zaza.
Barcelona 6 Eidbar 1
Barcelona meneruskan permulaan sempurna mereka di dalam La Liga selepas 5 perlawanan. Dalam perlawanan menentang Eidbar di Camp Nou awal pagi tadi, Barcelona masuk ke padang dengan memberikan mesej sokongan kepada Ousmane Dembele.
Lionel Messi membuka tirai jaringan pada minit ke-20 menerusi sepakan penalti. Paulinho memastikan Barcelona berada 2 gol di hadapan sebelum rehat dengan gol beliau pada minit ke-38. Satu tandukan padu hasil sepakan penjuru cantik Denise Suarez.
Paulinho kini menjaringkan 2 gol dalam 2 perlawanan la liga terakhir beliau.
Bersambung babak kedua, Denise Suarez mengikut jejak Paulinho untuk menjaringkan gol dalam 2 perlawanan berturut-turut. Denise Suarez menjaringkan gol ke-3 Barca pada minit ke-53.
Eidbar menjaringkan gol saguhati pada minit ke-57 menerusi Enrich. Messi menambah 2 lagi gol pada minit ke-62 dan 87 untuk melengkapkan hatrik.
Barcelona kini mengumpul 15 mata daripada 15 yang ditawarkan. Menjaringkan 17 gol dan hanya bolos 2 kali.
Valencia 5 Malaga 0
Dalam satu lagi perlawanan La Liga awal pagi tadi, Valencia membelasah Malaga juga dengan jaringan besar.
Valencia menang 5-0 dalam pertarungan yang boleh dianggap antara aksi terbaik Valencia dalam beberapa musim kebelakangan ini.
Santi Mina meletakkan Valencia di hadapan pada minit ke-17. Bersambung babak kedua, Siemone Zaza melakukan hatrik dengan 3 gol berturut-turut dalam tempoh 9 minit pada minit ke-55,60 dan ke-63.
Rodrigo memastikan Malaga pulang dengan kenangan pahit apabila menjaringkan gol ke-5 pada minit ke-86.