Persekutuan Bolasepak Sepanyol (RFEF) mengumumkan pada awal pagi tadi bahawa La Liga Sepanyol akan menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) mulai musim depan.
“Presiden suruhanjaya teknikal pengadil, Victoriano Sanchez Arminio, memaklumkan kepada semua pengadil divisyen satu dan penolong pengadil mengenai bantuan video itu akan diperkenalkan pada pertandingan musim depan,” umum RFEF.
Sanchez Arminio berkata, satu surat rasmi telah dihantar kepada pengadil yang mengatakan “ujian yang diperlukan oleh Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa (badan yang menetapkan peraturan permainan) akan melaksanakan sistem itu tidak lama lagi.”
Presiden Liga Sepanyol, Javier Tebas mendedahkan semalam VAR akan digunakan pada musim 2018-2019, seperti di Itali dan Jerman musim ini.
Ia hanya boleh digunakan dengan syarat khusus: ketika menerima kad merah, penalti atau untuk membetulkan kes yang mana identiti pemain yang menerima kad tersilap.
Buat masa ini, Sepanyol satu-satunya negara daripada lima negara utama Eropah – selain England, Jerman, Itali dan Perancis – tidak menggunakan teknologi seumpamanya, sekalipun untuk memutuskan sama ada bola melepasi garisan gol atau sebaliknya.
Musim lepas Barcelona telah dibatalkan jaringan gol walaupun di kaca televisyen menunjukkan bola itu telah melepasi garisan ketika seri 1-1 dengan Real Betis.
Pada perlawanan pembukaan musim ini, 2 insiden yang sama berlaku sehingga mencetus perdebatan hangat tentang penggunaan teknologi garisan.
Gol jaringan pemain pertahanan Sevilla, Clement Lenglet ketika menentang Espanyol telah dibenarkan walaupun ulangan di kaca tv menunjukkan bola tidak melepasti garisan manakala Getafe turut dibatalkan gol mereka ketika menentang Ahtletic Bilbao ketika jaringan daripada Jorge Molina kelihatan melepasi garisan gol.
“Kejadian seperti ini sudah berlaku berulang kali, oleh sebab itu para pengadil telah mencadangkan kita menggunakan teknologi VAR dan hanya bertindak dengan bantuan video. Pengadil akan membuatkan keputusan berdasarkan analisis dalam video itu, ” kata kenyataan daripada RFEF.
“Teknologi ini akan sangat berguna dalam bola sepak Sepanyol,”
Tahun ini menyaksikan sistem Video Assistant Referee (VAR) giat diuji d ipelbagai kejohanan besar di seluruh dunia.
Kejohanan seperti Piala Konfederasi dan Piala Dunia B-20 di Korea Selatan telah menggunakan sistem VAR ini bagi menguji sejauh mana keberkesanan sistem ini kepada bola sepak.
Presiden FIFA, Gianni Infantino mengesahkan beliau mahu sistem VAR ini diuji dalam Kejohanan Piala Dunia tahun depan di Russia.