Harapan Barcelona untuk mempertahankan kejuaraan La Liga semakin pudar selepas diikat pasukan di tangga ketiga, Atletico Madrid 2-2 di Nou Camp pada awal pagi tadi.
Keputusan seri itu menjadikan skuad Catalan itu terus berada di kedudukan kedua La Liga dengan 70 mata dan pendahulu Real Madrid yang mempunyai 71 mata berpeluang untuk melebarkan kelabihan kepada empat mata sekiranya berjaya menewaskan Getafe pada Khamis.
Barca terlebih dahulu di depan seawal minit ke-11 apabila penyerang Atletico, Diego Costa tertampan bola dari sepakan penjuru Lionel Messi masuk ke gawang sendiri.
2 – Atlético de Madrid have scored two goals in a LaLiga game against Barcelona for the first time under Diego Simeone. Penalty. pic.twitter.com/L3z8TNXHhV
— OptaJose (@OptaJose) June 30, 2020
Saul Niguez kemudian menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti selepas sepakan penalti pertama yang diambil Diego Costa yang diselamatkan Marc Andre Ter Stegen diarah pengadil untuk diambil semula selepas semakan VAR mendapati penjaga gol Jerman itu keluar dari garisan terlalu awal.
Barcelona yang turut dianugerahkan sepakan penalti selepas Felipe menjatuhkan Nelson Semedo kembali mendahului pada minit ke-50 apabila Lionel Messi menyudahkan peluang tersebut dengan teknik panenka yang juga merupakan gol ke-700 dalam kariernya bersama kelab dan negara.
Atletico Madrid tidak menunggu lama untuk kembali mengikat kedudukan apabila pengadil sekali lagi memberikan sepakan penalti kepada pasukan pelawat selepas Nelson Semedo menarik Yannick Carrasco dalam kotak penalti.
700 – Lionel Messi has scored his 700th first-team goal for Barcelona (630) and Argentina (70). Iconic. pic.twitter.com/vx3dJGgpaD
— OptaJoe (@OptaJoe) June 30, 2020
Saul Niguez tidak mempersia-siakan peluang yang terhidang dengan merembat kencang ke arah kanan gol walaupun Ter-Stegen berjaya meneka ke arah yang tepat tetapi tepisannya tidak dapat menghalang bola masuk ke dalam gawangnya.
“Ini benar-benar memalukan dan kejuaraan liga dilihat semakin sukar buat kami,” ujar pengurus Barcelona, Quique Setien selepas pasukannya mencatat tiga keputusan seri sejak saingan liga kembali bersambung.
“Tercicir mata seperti ini menjauhkan lagi kemungkinan untuk mempertahankan kejuaraan, tetapi kami perlu terus bekerja keras.”
❗Quique Setién will not continue FC Barcelona next season. Barça believes that the coach has lost the relationship with the dressing room and the board. The board started to think that hiring Quique Setién was a mistake. They aren’t satisfied with the results. [goal] pic.twitter.com/yGzzyn7HBl
— Barça Universal (@BarcaUniversal) June 29, 2020
Perlawanan tempoh hari berdepan Celta Vigo juga menyaksikan Barcelona hanya mampu seri 2-2 dan kini kedudukan Setien sebagai ketua jurulatih semakin goyah dengan terdapat laporan yang mendakwa pengurusannya tidak digemari oleh pemain.
Sementara itu pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone ternyata berpuas hati dengan keputusan yang diraih selepas pasukannya menunjukkan peningkatan positif sejak saingan liga kembali.