Insiden serangan perkauman yang menimpa Vinicius Jr ketika aksi La Liga antara Real Madrid dan juga Valencia telah mendapat perhatian ramai.
Bagi pemain tersebut, apa yang berlaku terhadap dirinya seolah-olah perkara normal dan tidak perlu diberikan perhatian.
Namun selepas meluahkan perasaannya di Instagram serta Real juga mendesak agar tindakan diambil, pihak La Liga kemudiannya mengumumkan yang mereka akan membukan 10 kertas siasatan mengenai insiden yang menimpa Vinicius.
Kenapa 10? Hal ini kerana ia merujuk kepada jumlah insiden yang Vinicius hadapi termasuklah apa yang terjadi di Mestalla.
Menurut La Liga, mereka telah membuka 10 kertas siasatan bagi insiden-insiden:
- Barcelona lawan Real Madrid (24 Oktober 2021) – La Liga
- Mallorca lawan Real Madrid (14 Mac 2021) – La Liga
- Atletico Madrid lawan Real Madrid (18 September 2022) – La Liga
- Real Valladolid lawan Real Madrid (30 Disember 2022) – La Liga
- Real Madrid lawan Atletico Madrid (26 Januari 2023) – Copa Del Rey
- Mallorca lawan Real Madrid (5 Februari 2023) – La Liga
- Osasuna lawan Real Madrid (18 Februari 2023) – La Liga
- Real Betis lawan Real Madrid (5 Mac 2023) – La Liga
- Barcelona lawan Real Madrid (19 Mac 2023) – La Liga
- Valencia lawan Real Madrid (21 Mei 2023) – La Liga
La Liga turut berkata yang sembilan laporan telah pun dibuat kepada FA Sepanyol sejak dua musim yang lalu mengenai insiden-insiden melibatkan Vinicius.
Ketika ini, La Liga kini sedang sibuk mengumpul sebanyak boleh gambar untuk mengenal pasti siapakah yang melakukan serangan perkauman terhadap Vinicius untuk siasatan.
Vinicius dilayangkan kad merah pada penghujung perlawanan selepas berang dengan penyokong Valencia yang melakukan serangan perkauman terhadapnya.
Dalam perlawanan itu, Real tewas 1-0.