La Liga 2020/21: Ansu Fati Terus Meledak Bantu Kemenangan Barcelona

Ansu Fati

Prospek muda semakin meningkat naik, Ansu Fati terus menyerlahkan kualiti yang dimilikinya selepas meledakkan satu lagi jaringan ketika membantu Barcelona menewaskan Celta Vigo 3-0 di Abanca Balaidos, awal pagi tadi.

Jaringan tersebut merupakan gol ketiga peribadi buat Fati selepas mengharungi dua perlawanan La Liga musim ini setelah beliau menyumbat dua jaringan ketika The Blaugrana menentang Villareal, minggu lalu.

Jumlah itu juga menyaksikan beliau kini sedang memimpin carta penjaring terbanyak bersama-sama Gerard Moreno [Villareal], Iago Aspas [Celta Vigo], Jose Luis Morales [Levante], Maximiliano Gomez [Valencia] dan Paco Alcacer dari Villareal.

Pada perlawanan tersebut, Fati hanya memerlukan 11 minit untuk meletakkan Barcelona di hadapan setelah beliau menerima umpanan Phillipe Coutinho di hadapan kawasan penalti.

Beliau yang kemudiannya melakukan ‘turning’ cantik bagi melepasi kawasalan pertahanan telah melepaskan percubaan ‘outside foot’ sekaligus menewaskan penjaga gol skuad tuan rumah, Ivan Villar.

Lionel Messi terlepas peluang untuk melebarkan kedudukan pada minit ke-40 setelah sepakan sudut yang diambilnya melencong ke arah pintu gol Celta Vigo, bagaimanapun ia sedikit melewati palang.

Skuad bimbingan Ronald Koeman itu terpaksa mengharungi baki perlawanan dengan 10 pemain apabila Clement Lenglet diperintah keluar padang susulan kad kuning kedua yang diterimanya pada minit ke-42.

Kekurangan pemain bagaimanapun tidak langsung memberikan masalah buat kelab gergasi Sepanyol itu apabila mereka berjaya menambah jaringan kedua ketika perlawanan memasuki minit ke-51.

Jaringan tersebut terhasil berpunca daripada kelincahan Messi yang mengkucar-kacirkan jentera pertahanan Celta Vigo dan cubaannya untuk melakukan hantaran lintang ditampan pemain pertahanan, Lucas Olaza lalu bola menerjah gawangnya sendiri.

Meskipun tidak menjaringkan gol pada perlawanan ini, Messi jelas menjadi duri dalam daging buat pasukan tuan rumah selepas percubaannya yang dihalang Villar telah memberikan peluang buat Sergi Roberto melakukan percubaan kemas pada masa kecederaan babak kedua untuk menambah jaringan ketiga.

Kejayaan meraih tiga mata penuh itu menyaksikan Barcelona mengekalkan rekod kemenangan untuk mengumpul enam mata bagi menghuni tangga kelima La Liga. The Blaugrana telah menjaringkan tujuh gol dan masih mengekalkan rekod tanpa dibolosi setakat ini.

Kredit featured image: FC Barcelona

Baca artikel lain dari kami mengenai Ansu Fati:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN