Kelab La Liga, Leganes telah melakukan rayuan kepada La Liga agar perlawanan menentang Levante diadakan sekali lagi selepas mendakwa Video Bantuan Pengadil (VAR) rosak ketika pertemuan kedua-dua pasukan semalam.
Leganes percaya sepakan penalti pada babak pertama perlawanan yang diperolehi Levante tidak sepatutnya diberikan.
El Leganés pedirá repetir parte del partido con el Levante por la polémica del VAR https://t.co/KxAjhAkRDW
— EL MUNDO (@elmundoes) October 5, 2019
Ini kerana Leganes mendakwa kekasaran yang dilakukan oleh Dimitris Siovas terhadap Roger Marti berlaku di luar kawasan kotak penalti.
Namun alat komunikasi milik pengadil, Munuera Montero gagal berfungsi ketika insiden tersebut berlaku.
Ini menyebabkan keputusan oleh VAR terpaksa disampaikan menggunakan telefon melalui pengadil keempat perlawanan.
Levante mengakhiri perlawanan tersebut dengan kemenangan 2-1. Keputusan tersebut bermakna Legganes kekal di kedudukan tercorot La Liga.
?COMUNICADO I Victoria Pavón: ‘No hemos competido en igualdad de condiciones y vamos a solicitar que se repita el partido desde el minuto del penalti inexistente’ #LeganésLevante
➡️https://t.co/iFReN04THt pic.twitter.com/h4ueVkLudX
— C.D. Leganés (@CDLeganes) October 5, 2019
Presiden Leganes, Victoria Pavon berkata mereka mahukan perlawanan tersebut diadakan semula bermula minit ke-44, seperti ketika insiden tersebut berlaku.
“Perkara sangat serius berlaku dalam perlawanan ini – seperti memberikan sepakan penalti ketika lawan dijatuhkan di luar kawasan yang sepatutnya,” ujar Pavon.
“Perkara sama berlaku dalam perlawanan menentang Valencia beberapa minggu lalu. Disebabkan sistem VAR tidak berfungsi dengan baik, kami berpendapat kami tidak bersaing dalam perlawanan yang adil.”