La Liga 2019/20: Gandingan Trio MSG Bantu Kemenangan Barcelona

Lionel Messi, Luis Suarez dan Antoine Griezmann yang membentuk trio MSG semuanya cemerlang meledak jaringan dalam kemenangan 3-0 ke atas Eibar pada petang Sabtu di Ipurua.

Dalam perlawanan ini, Barcelona dilihat begitu tajam si bahagian serangan. Mereka juga dilihat semakin selesa bermain corak permainan dengan pergerakan bola yang pantas dan hantaran-hantaran cantik.

Aksi menakjubkan The Blaugrana terhasil dengan persembahan terbaik Griezmann yang akhirnya menemui sentuhan ajaibnya setelah beberapa bulan bergelut sejak menyarung jersi Barceloma pada musim panas yang lepas.

Bintang Perancis itu terlibat dalam semua tiga gol pasukannya. Beliau terlebih dahulu meletakkan Barcelona di hadapan sebelum membantu jaringan Lionel Messi dan menyumbang gerakan yang menghasilkan gol ketiga oleh Luiz Suarez.

Buat kali pertama dalam tempoh lima bulan, Samuel Umtiti disenaraikan dalam kesebelasan utama setelah melalui tempoh rehat panjang akibat kecederaan. Beliau menggantikan Gerrard Pique yang digantung perlawanan.

Kredit Foto: Marca

Clement Lenglet menghantar boleh jauh ke bahagian kiri menemui Griezmann yang memanfaatkan kesilapan pertahanan Eibar, Pablo de Blasis yang tergelincir dan merembat masuk gol pendahuluan pada minit ke-13.

Messi berpeluang untuk menggandakan kedudukan selepas setengah jam perlawanan berlangsung. Tetapi selepas menerima hantaran cantik Frenkie De Jong, kapten Argentina itu gagal mengatasi Marko Dmitrovic.

Pada waktu rehat separuh masa, Valverde terpaksa menggantikan Sergi Roberto yang cedera dengan memasukkan Nelson Semedo di posisi bek kanan.

Pada separuh masa kedua, Barcelona menambah dua lagi gol menerusi Messi pada minit ke-58 hasil hantaran Griezmann dan lapan minit kemudian giliran Messi pula membantu jaringan Luis Suarez.

25 minit terakhir, Barcelona kelihatan sudah selesa dengan tiga gol di hadapan dan hanya bermain seperti sesi latihan sehinggala wisel penamat dibunyikan. Mereka membawa pulang tiga mata ke Catalonia.

Perlawanan ini turut diwarnai saat manis Frenkie de Jong setelah mendapat penghormatan dari penyokong Eibar yang berdiri dan memberi tepukan gemuruh kepadanya sewaktu dikeluarkan pada minit ke-79.

Mereka nyata terpukau dengan kehebatan bekas pemain Ajax itu yang mempunyai kemahiran teknikal serta kawalan bola yang mantap dalam membentuk corak permainan Barcelona.

Ernesto Valverde menggantikannya dengan Ivan Rakitic bagi memastikan beliau mendapat rehat yang cukup menjelang perlawanan seterusnya pada awal pagi Khamis nanti menentang Slavia Prague untuk saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Pemain muda Belanda itu bermain dalam semua 11 perlawanan kompetitif Barcelona musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN