Pernah tak anda mendengar La Croqueta? Mungkin ada yang pernah dan ada yang belum pernah. Ia adalah satu maneuver yang sangat signifikan dengan Andres Iniesta.
Gerakan ini adalah dengan melibatkan 2 kaki. Kaki yang sedang dengan bola akan menolak bola sedikit menyilang (arah selari dengan bahu) dan kaki kedua akan menolak melepasi pemain lawan.
Ianya melibatkan pertukaran arah bola untuk memanipulasi gerakan lawan yang merapati anda. Gerakan ini memang sangat baik untuk digunakan dalam keadaan ruang sempit ataupun close control.
Ianya kelihatan sangat mudah tetapi memerlukan anda melakukannya pada masa dan ruang yang tepat untuk mengelakkan anda terus dibentes pemain.
Dalam bahasa Sepanyol, La Croquette merujuk kepada penaik selera (appetizer). Biasanya, La Croquette adalah terdiri daripada keju, ayam dan juga kentang yang garing.
Jadi, perkataan La Croqueta dalam bola sepak adalah merujuk kepada, teknik untuk mengelakkan diri anda daripada menjadi mangsa dihimpit pemain lawan seperti makanan yang garing.
Iniesta pernah menyatakan yang beliau banyak belajar teknik ini selepas menyaksikan seorang lagi legenda Barcelona, Michael Laudrup yang sangat gemar menggunakan teknik ini.
https://twitter.com/AM__FCB/status/972341883132243968
Iniesta sememangnya kelihatan sangat sukar dikekang dengan teknik ini.
Ini mungkin tutorial berguna untuk anda yang mahu mempelajari skil dan teknik La Croqueta.