Kylian Mbappe Teruja Berhadapan Cristiano Ronaldo Dan Zinedine Zidane

Kylian Mbappe teruja dengan cabaran yang bakal menanti, apabila bakal berhadapan dengan wira dan idola zaman kanak-kanak, Cristiano Ronaldo dan bekas pemain Perancis yang dianggap sebagai ikon, Zinedine Zidane.

Paris Saint-Germain (PSG) bakal berhadapan dengan Real Madrid pada pusingan 16 terakhir saingan UEFA Champions League (UCL).

PSG menamatkan saingan peringkat kumpulan di atas Bayern Munich, dan diundi bertemu juara bertahan UCL Real Madrid yang menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat kedua di belakang Tottenham Hotspur.

(Photo by Jean Catuffe/Getty Images)

Prestasi tidak menentu Real Madrid pada separuh musim pertama menjadikan PSG sebagai pilihan utama dalam pertemuan yang akan diadakan pada Februari depan.

Walaupun melalui prestasi tidak menentu, kehadiran Cristiano Ronaldo yang masih segar dari gelaran Ballon d’Or ke-5 sepanjang karier profesionalnya, memberi Mbappe motivasi untuk membuktikan sesuatu dalam perlawanan tersebut.

“Cristiano Ronaldo adalah wira zaman kanak-kanak saya. Ia adalah pengalaman yang menakjubkan ketika bertemu dengan beliau satu masa dahulu,” ujar Mbappe kepada Marca.

“Tetapi saya adalah seorang yang sanggup untuk bersaing, dan saya hanya mahukan kemenangan. Maka tidak kira siapa lawan yang bakal kami hadapi, fokus kami ialah untuk memburu kemenangan.”

(Photo credit should read GERARD JULIEN/AFP/Getty Images)

“Saya menyanjung Ronaldo ketika saya berusia lebih muda. Kini ia sudah berakhir. Saya akan ke Bernabeu untuk beraksi dan memburu kemenangan.”

“Sebagai pemain muda, anda banyak belajar daripada pemain seperti Ronaldo. Itu sudah pasti. Anda belajar daripada pemenang Ballon d’Or.”

“Ronaldo adalah pemain yang hebat. PSG juga mempunyai barisan pemain berkebolehan.”

“Neymar berada bersama kami. Secara praktikal, saya berpendapat Neymar berada di tahap yang sama dengan Ronaldo. Saya juga belajar banyak perkara dari Edinson Cavani, yang juga merupakan seorang penjaring gol.”

Ketika ditanya akan siapakah ikon bola sepak yang diingati ketika zaman kanak-kanak, Mbappe pantas menjawab Zinedine Zidane.

“Saya paling kagum akan Zidane. Tetapi semua orang di Perancis kagum akan Zidane,” ujar Mbappe.

“Siapa sahaja yang meminati bola sepak tahu bahawa Zidane adalah seorang pemain istimewa. Apa yang dilakukan oleh Zidane di Real Madrid sejak menjadi pengendali di sana juga adalah sesuatu yang luar biasa.”

“Tidak mudah untuk memiliki pencapaian seperti apa yang dicapai oleh Zidane, mengambil kira tekanan yang perlu dihadapi oleh beliau.”

“Tetapi ia mungkin dimudahkan kerana beliau cukup mengenali selok belok di Real Madrid ketika masih bergelar pemain. Zidane juga watak yang dihormati oleh semua orang, dan secara peribadi saya gembira dengan apa yang beliau telah capai.”

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN