Kylian Mbappe Tak Mahu Dirinya Dibandingkan Dengan Legenda Pele

Piala Dunia 2018 merupakan satu kejohanan yang cukup baik untuk Kylian Mbappe bukan?

Pemain muda ini berjaya menjadi sebahagian besar kepada kejayaan Perancis dalam menjulang kejuaraan dunia selepas 20 tahun lalu memenanginya di laman sendiri.

Persembahan cemerlang beliau di Piala Dunia telah mendapat perhatian dan juga pujian oleh legenda Brazil – Pele.

Pemenang Piala Dunia 3 kali itu jelas menyambut baik usaha yang dilakukan oleh pemain muda itu yang berjaya menjadi pemain remaja pertama yang menjaringkan gol di perlawanan akhir selepas beliau.

Kali terakhir dilakukan adalah oleh Pele pada 1970.

“Beliau merupakan pemain remaja kedua yang menjaringkan gol di perlawanan akhir Piala Dunia.”

“Selamat datang Kylian Mbappe. Seronok rasanya bila ada teman!”

Walaupun sering dikaitkan dengan Pele, namun Mbappe tidak mahu dirinya sering dibandingkan dengan pemain tersebut.

Menurutnya, beliau mahu mencipta skrip beliau sendiri dalam drama perjalanan karier beliau.

“Pele telah meninggalkan kesan beliau kepada sejarah dan saya di sini mahu mencipta jalan saya sendiri.”

“Saya cuma mahu bermain seperti mana yang selalu saya lakukan.”

Walaupun menyedari hakikat berjaya memecahkan rekod seseorang itu baik, namum Mbappe mempunyai misi lain dalam bola sepak.

“Menjaringkan gol dan memecahkan rekod itu sememangnya satu perkara yang baik.”

“Tetapi saya sering berkerja keras menuju ke sasaran saya. Saya mesti teruskan, saya ada cita-cita untuk pergi jauh ke mana saja potensi ini boleh bawa saya.”

Selain memenangi Piala Dunia, Mbappe turut memenangi gelaran pemain muda terbaik bagi kejohanan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN