Kylian Mbappe Mahukan Cabaran Baharu Selepas Rangkul Pemain Terbaik Ligue 1

Pemain Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe memberikan gambaran yang beliau kini inginkan cabaran baharu dalam kariernya.

Menurut laman Goal, Mbappe mengatakan yang beliau mahukan tanggungjawab yang lebih besar dalam karier beliau selepas ini.

“Saya rasakan sudah tiba masanya untuk mempunyai tanggungjawab yang lebih besar.”

“Saya berharapa ianya bersama dengan Paris Saint-Germain, ianya adalah satu penghargaan atau di tempat lain untuk projek yang lain pula.”

Mbappe berkata demikian selepas berjaya merangkul Anugerah Pemain Terbaik Ligue 1 dalam majlis Trophées UNFP baru-baru ini.

Beliau turut merangkul Anugerah Pemain Muda Terbaik Ligue 1 dalam majlis yang sama.

Ucapan beliau itu jelas menimbulkan persoalan, adakah beliau akan pergi dari PSG pada musim hadapan?

“Saya hanya bercakap apa yang saya nak cakap. Apabila anda diberi peluang untuk berucap pastinya anda ingin katakan perkara yang anda mahu, begitu juga dengan saya.”

Trophées UNFP merupakan majlis anugerah penghujung musim yang dimana anugerah individu diberikan kepada pemain dan jurulatih di Ligue 1 dan Ligue 2.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi anugerah utama Trophées UNFP 2019:

  • Pemain terbaik Ligue 1: Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain)
  • Penjaga gol terbaik: Mike Maignan (LOSC Lille)
  • Pemain muda terbaik: Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain)
  • Gol terbaik: Loic Remy (LOSC Lille)
  • Jurulatih terbaik: Christophe Galtier (LOSC Lille)
  • Pengadil Ligue 1 terbaik: Clément Turpin
  • Pemain Perancis terbaik di luar negara: Karim Benzema (Real Madrid)
  • Anugerah khas UNFP: Didier Drogba

Dan ini merupakan kesebelasan terbaik Ligue 1 musim ini:

  • Mike Maignan (LOSC Lille)
  • Kenny Lala (Strasbourg)
  • Marquinhos (Paris Saint-Germain)
  • Thiago Silva (Paris Saint-Germain)
  • Ferland Mendy (Olympique Lyonnais)
  • Marco Verratti (Paris Saint-Germain)
  • Tanguy Ndombele (Olympique Lyonnais)
  • Angel Di Maria (Paris Saint-Germain)
  • Kylian Mbappé (Paris Saint-Germain)
  • Nicolas Pépé (LOSC Lille)
  • Neymar Jr (Paris Saint-Germain)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN