Kylian Mbappe Laung Amaran Kepada Pesaing PSG, Sifatkan ‘Cerita Ini Baru Sahaja Bermula’

Kylian Mbappe

Pemain muda sensasi masa kini, Kylian Mbappe melaungkan amaran kepada pasukan lain dalam saingan Eropah bahawa banyak lagi yang akan dilakukan oleh Paris Saint-Germain (PSG) selepas berjaya menumpaskan Bayern Munich 3-0 pada perlawanan pagi tadi dan menyifatkan segalanya baru sahaja bermula.

Pada perlawanan yang berlangsung di Parc des Princes itu, Daniel Alves, Edison Cavani dan Neymar berjaya menyumbangkan jaringan untuk PSG bagi menggungguli carta liga kumpulan B yang turut disertai Celtic dan Anderlecht selepas tamat dua perlawanan.

Mbappe turut membantu kepada jaringan Cavani pada minit ke-31 perlawanan apabila hantaran yang dilakukan pemain berusia 18 tahun itu berjaya disudahkan hasil satu sepakan dari luar kotak penalti yang menerjah gawang Bayern Munich untuk jaringan kedua PSG.

Kylian Mbappe
PARIS, FRANCE – SEPTEMBER 27: Edinson Cavani #9 of Paris Saint-Germain celebrate his goal with Kylian Mbappe #29 and teammattes during the UEFA Champions League group B match between Paris Saint-Germain (PSG) and Bayern Muenchen at Parc des Princes on September 27, 2017 in Paris, France. (Photo by Xavier Laine/Getty Images)

“Cerita ini baru sahaja bermula,” kata Mbappe kepada Canal+.

“Kami tahu di dalam hati kami bahawa kami terpaksa melakukan penampilan hebat apabila bertemu dengan pasukan hebat, kami melakukannya.”

“Jangkaannya tinggi, selepas jendela perpindahan musim panas seperti kami (berbelanja besar), ianya merupakan prestasi yang lengkap dan sekarang kami perlu teruskan ke perlawanan seterusnya pada hari Sabtu, kami berada di sini untuk memenangi setiap perlawanan.”

Pemain bintang PSG, Marco Veratti turut tertarik dengan persembahan yang dipamerkan oleh Kylian Mbappe, sambil menambah: ”Kylian (Mbappe) adalah seorang pemain yang luar biasa. Dia berusia 18 tahun. Pada usia 18 tahun dan menjadi seperti ini, ia tidak berlaku pada ramai pemain.”

”Kami cuba untuk membantunya sebanyak yang mungkin. Diluar padang, dia seorang yang merendah diri, dia mahu meningkatkan prestasinya. Dia pemain yang sangat penting dan kami bertuah kerana dia berada di sini (Paris).”

Bagi ketua pasukan, Thiago Silva yang memberitahu kepada Canal+ : ”Adakah kami kuat musim ini? Setiap tahun kami meningkat sedikit. Dengan kehadiran Kylian dan Neymar, kami telah meningkatkan kedudukan kami. Pasukan lain akan lebih menghormati kami. Sekarang, kami perlu terus bekerja.

Sumber :

Goal (2017) – http://www.goal.com/en-my/news/its-just-the-beginning-mbappe-warns-psg-rivals-champions/1dyi48sgxz2yi15x8hk4ah40vg

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN