Pemenang Anugerah FIFA ‘Golden Boy’, Kylian Mbappe kini menjadi sebutan peminat bola sepak di seluruh dunia selepas mempamerkan aksi yang memukau ketika beraksi di Piala Dunia dengan pasukan Perancis.
Malah, beberapa pencari bakat dari pelbagai kelab gergasi sedang mengintai peluang untuk memancing pemain muda yang berusia 19 tahun itu.
Musim lalu, Arsenal berjaya mencuri perhatian kerana menjadi kelab utama memburu Kylian Mbappe bersama Real Madrid.
Kali ini Manchester United dan City pula dikatakan bersaing untuk mendapatkan pemain berkenaan sekali gus dapat menyelesaikan masalah kewangan yang membelenggu Paris Saint-Germain (PSG).
#MUFC and #MCFC are battling to sign Kylian Mbappe from PSG, who have Financial Fair Play issues.
United would offer £86m + Anthony Martial (rated at £80m), reports @riccosrant in the Mirror. 🤔— Shamoon Hafez (@ShamoonHafez) June 23, 2018
Kedua-dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan adalah di antara pasukan terkaya bola sepak dunia dan mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk berbuat demikian dalam usaha memperkuatkan lagi pasukan menjelang musim baru.
Pengurus City, Pep Guardiola sebelum ini berminat untuk mendapatkan Alexis Sanchez dan Riyad Mahrez dalam dua jendela perpindahan sebelum ini, manakala Jose Mourinho harus mencari jalan bagaimana menyelesaikan jurang 19 mata selepas mereka terlepas peluang untuk menjulang trofi EPL.
Mbappe boleh menjadi tunjang di bahagian serangan dan dia sudah mula dibandingkan dengan Cristiano Ronaldo serta Lionel Messi, seterusnya diletakkan calon sebagai pemenang anugerah Ballon d’Or pada masa akan datang.
Pemain berusia 19 tahun itu meledak 18 gol dan membantu lapan jaringan dengan pasukan pesaing Liga Juara-Juara itu yang bakal berdepan hukuman pengusiran daripada menyertai kejohanan kelab utama Eropah itu jika gagal menjelaskan kerugian dalam pasaran perpindahan pemain.
Kylian Mbappé at 19
✅French League winner
✅Golden Boy winner
✅Ballon d’Or nominee
✅Youngest player to score for France at a World Cup
✅CL team of the yearSuddenly feel pretty pathetic 😞 pic.twitter.com/AGEUMmaILU
— Pro:Direct Soccer (@ProD_Soccer) June 21, 2018
Khamis lalu Mbappe berjaya menjaringkan gol sulungnya di pentas Piala Dunia ketika membantu Perancis mengalahkan Peru dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan.
Dia juga mencatat rekod penjaring termuda Les Blues dalam sejarah Piala Dunia pada usia 19 tahun, enam bulan dan satu hari.
Rekod terdahulu dicatatkan David Trezeguet yang dilakukan pada Piala Dunia 1998 ketika tuan rumah mengalahkan Arab Saudi, 4-0 di peringkat kumpulan.
Ketika itu Trezeguet yang meledak gol kedua Perancis berusia 20 tahun 246 hari.