Prospek Hangat AS Monaco, Kylian Mbappé Bakal Dipanggil Ke Skuad Perancis

Bintang muda yang merupakan prospek hangat AS Monaco ketika ini iaitu Kylian Mbappé dijangka bakal diberikan peluang untuk beraksi untuk negaranya – Perancis.

Beliau yang kini menjadi teraju utama serangan AS Monaco selain Radamel Falcao, kini bakal menerima peluang pertama beraksi untuk Perancis disamping bintang-bintang seperti Antoine Griezmann dan Dimitri Payet.

Hampir pasti

Menurut sumber dalam dari L’Equipe, Didier Deschamps berminat untuk memberikan peluang kepada Mbappé untuk mewakili negaranya buat pertama kali.

Mbappe (GETTY)

Hal ini jelas kerana Deschamps berasa puas hati dengan prestasi pemain muda itu yang cukup memukau pada musim ini.

Sumber ini dijelaskan oleh penulis L’Equipe, Raphael Raymong menerusi laman Twitter beliau.

Jika diikutkan sumber ini, adalah hampir pasti buat penyerang Real Madrid iaitu Karim Benzema tidak dipanggil untuk skuad Perancis kali ini.

Berita ini dijangka memberikan kegembiraan buat para penyokong Perancis yang rata-ratanya mahu Benzema tidak lagi dipanggil ke skuad Les Blues itu.

Hal ini berlaku selepas 78% rakyat Perancis beri respon mahu Benzema tidak dipanggil menerusi bancian terbaharu yang dilakukan L’Equipe.

Mendy turut serta

Selain Mbappé, Deschamps juga dikatakan bakal memberikan peluang kepada seorang lagi pemain AS Monaco iaitu Benjamin Mendy.

Beliau yang bermain sebagai pertahanan kiri AS Monaco juga telah menarik perhatian Deschamps untuk memberi peluang kepada beliau untuk merasai pengalaman bermain di peringkat antarabangsa.

Perancis akan melalui perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Luxemborg sebelum perlawanan menentang Sepanyol dalam aksi persahabatan dalam minggu rehat bola sepak antarabangsa akan datang.

Baca juga: Kajian Menunjukkan 78% Rakyat Perancis Tak Mahu Benzema Kembali Ke Skuad Kebangsaan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN