Kyle Walker memang dikenali dengan kenakalannya di media sosial. Beliau seringkali menggunakan twitter untuk menyakat rakan-rakannya dan dirinya sendiri.
Ini ketika beliau ‘troll’ dirinya yang tak mampu menjaringkan gol sedangkan Stone boleh.
“Tak anakku, ayah pemain pertahanan. Walaupun 6-0 ayah tak menjaringkan gol.”
– “Tetapi Stones dapat [jaringkan gol]?”
Walker membalas dia menang anugerah Tweet Emas.
“No son, dad is a defender. So even when we win 6-0 I don’t score”
– “But Stones does someth…”
“Daddy won a Golden Tweet” pic.twitter.com/QF4Rnb7hde— Kyle Walker (@kylewalker2) November 7, 2018
Beliau juga menggunakan kapsyen ‘It’s Coming Home’ untuk Liga Negara Eropah walaupun slogan itu biasanya untuk Piala Dunia ataupun Euro.
UEFA Nations is Coming Home pic.twitter.com/zOOxf92MuA
— Kyle Walker (@kylewalker2) October 15, 2018
Walker memberikan peluang kepada rakannya untuk me-‘nutmeg’ beliau.
When you try and give the lads an opportunity to meg you back pic.twitter.com/Vdvfk42qn1
— Kyle Walker (@kylewalker2) September 17, 2018
Semalam Walker telah mengenakan Raheem Sterling dalam tweet beliau. Ini selepas video seorang lelaki kakinya tersandung kerana tersepak permukaan padang. Insiden itu berlaku ketika rehat separuh masa dalam aksi persahabatan England menentang Amerika Syarikat.
Sterling, that you? pic.twitter.com/t1DcSmCHk3
— Kyle Walker (@kylewalker2) November 16, 2018
Walker mengenakan Sterling selepas pemain sayap itu terjatuh kerana kakinya tersandung di permukaan padang tanpa ada sentuhan daripada mana-mana pemain. Pengadil kemudian menghadiahkan Sterling penalti. Kontroversi itu berlaku dalam perlawanan Man. City menentang Shaktar Donetsk – ketika aksi UCL.
Penjaga gol Shaktar Donetsk seakan-akan tidak percaya dengan keputusan pengadil perlawanan.
https://www.youtube.com/watch?v=G6nydi2Opwo
Buat masa ini, Sterling masih belum membalas Tweet Kyle Walker ini.