KVL M4: SA United Tiada Masalah Tundukkan AX FC 5-0

Laporan oleh: Azri Firman Aqil

SA United membelasah AX FC 5-0 untuk memulakan kempen KVL M4 mereka dengan cemerlang di KV Arena Shah Alam.

SA United menjaringkan gol pertama mereka selepas hanya 5 minit. Ammar Anuwar menerima hantaran dari kanan sebelum menewaskan penjaga gol dengan percubaan rendah ke far post.

SA United jelas merupakan pasukan paling berbahaya dengan beberapa larian cemerlang pemainnya di kawasan final third di samping hantaran-hantaran yang tepat menemui mereka.

Ammar Anuwar merupakan pemain paling berbahaya bagi SA United. Kelajuan dan kelincahannya nyata sukar dihentikan pertahanan AX FC seperti yang berlaku pada minit ke-11. Lorongan cantik Abdul Raqib berjaya melepasi kawalan pertahanan AX untuk menemui Ammar. Mujur penjaga gol AX, Mohd Fauzi cekap membaca situasi untuk menyelamatkan keadaan sebelum Ammar dapat berbuat apa-apa.

Pasukan bimbingan Nadzry Abu Bakar ini meneruskan tekanan ke atas lawan. Pada minit ke-21, usaha mereka berhasil apabila Abdul Raqib menyudahkan lorongan cantik Azeez Akeem dengan rembatan tenang melepasi Mohd Fauzi.

AX cuba menjelmakan serangan selepas itu. Tetapi ia ibarat timun menyerang durian. Percubaan Sivaguru dan Lavindran terlalu lemah untuk menghadirkan sebarang masalah buat penjaga gol SA United, Datu Maqzumie.

SA United meneruskan dominasi mereka dan hampir-hampir menjaringkan gol ke-3 beberapa saat selepas separuh masa kedua bermula menerusi percubaan tidak tepat Ammar.

10 minit kemudian, Azeez Akeem mengambil alih peranan bintang perlawanan dari Ammar. Pertama, Azeez membuat percubaan dari sayap kanan yang dinafikan palang. Kedua, Azeez mengejutkan Mohd Fauzi yang berada jauh dari pintu golnya dengan percubaan lambung dari jarak jauh – tetapi ia dinafikan oleh tiang pula.

Tiang sekali lagi menjadi penafi gol Azeez Akeem yang melepaskan sepakan percuma baik. Akhirnya penyerang import SA United ini menerima hasil usahanya pada minit ke-47 menerusi rembatan cantik kaki kiri dari luar kotak.

Selesa mendahului 3-0, SA United tetap meneruskan usaha mendapatkan gol seterusnya. Aiman Ammar memastikan misi mereka terhasil apabila tenang menyudahkan lorongan Azeez menerusi rembatan rendah melepasi Mohd Fauzi.

Pada minit kecederaan, Ammar menukul paku terakhir di keranda AX apabila menjaringkan gol kedua menerusi rembatan rendah yang tepat untuk memberikan kemenangan 5-0 kepada SA United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN