KVL M4: AZE FC Hukum Pertahanan Teruk Red Spade United 5-1

AZE FC tidak memberi sebarang rasa kasihan kepada lawan mereka yang bermain dengan 10 pemain selepas mudah membelasah Red Spade United 5-1 dalam aksi minggu ke-4 Klang Valley League (KVL) M4 di Stadium Mini Shah Alam.

Red Spade United terlebih dahulu memberi amaran menerusi percubaan Shafit Mujahid Ali yang sedikit tersasar pada minit ke-9.

Kealpaan AZE dihukum lawan dua minit kemudian apabila Red Spade menjaringkan gol pendahuluan. Farhan Nasruddin melorongkan bola kepada Lylia Hafiy yang tenang menyudahkan peluang di sebelah kanannya.

AZE bagaimanapun bangkit dengan cemerlang selepas itu. Mereka sepatutnya boleh menyamakan kedudukan 7 minit kemudian apabila Hazwani Abdul Karim berjaya merembat hasil hantaran lintang rendah Azman Othman di sebelah kanan. Bagaimanapun rembatannya sedikit meninggi dari sasaran.

Gol penyamaan AZE akhirnya tiba dua minit kemudian. Pertahanan Red Spade, Ammar Shabil cuba mengeluarkan bola, tetapi ia terbias ke badan pemain AZE, Normazril Harith Haiqel dan melambung masuk ke gawang gol melepasi jangkaun penjaga gol, Akmal Ulol Azmi.

AZE sepatutnya boleh menggandakan gol 2 minit kemudian. Umar Juddum melorongkan bola kepada Azman yang melakukan larian cemerlang dari belakang. Sayang beribu kali sayang, percubaan Azman tersasar dalam situasi 1v1.

Mujurlah peluang terbazir itu tidak dihukum. Nasib sekali lagi menyebelahi AZE apabila Umar Juddum memanfaatkan hantaran belakang pertahanan Red Spade, Adeen Zaini yang lemah untuk AZE mendahului 2-1.

Kedudukan AZE bertambah baik sebelum rehat separuh masa pertama. Hantaran lintang rendah Azman dari kanan berjaya ditepis Akmal, tetapi singgah ke sentuhan penyudah Umar yang mudah menambah gol kedua peribadinya.

Red Spade cuba bangkit selepas rehat. Tetapi penjaga gol AZE turut cemerlang apabila pantas menafikan percubaan Farhan Nasruddin enam minit selepas separuh masa kedua bermula.

Hari Red Spade bertukar dari buruk ke teruk, terutamanya buat Adeeb Zaini. Kali ini beliau – yang juga pertahanan terakhir pasukannya – menerima kad merah selepas mengasari Umar Juddum.

Kesilapan tersebut nyata membawa padah apabila AZE menjaringkan gol keempat – sekali lagi dibantu dengan faktor nasib. Rembatan jarak jauh Syimir Hazim gagal ditangani dengan baik oleh Akmal, lalu masuk ke gawang gol.

Sekitar minit ke-60, Umar Juddum melengkapkan hatriknya selepas melepasi kawalan penjaga gol untuk menjaringkan gol dari sudut sempit.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN