Perlawanan Piala Dunia antara Senegal dan Jepun mencuri tumpuan dengan kedua-dua penyokong menerima pengiktirafan dunia kerana kebersihan mereka di stadium yang berakhir dengan keputusan seri 2-2 di Yekaterinburg.
Kedua-dua pasukan menang perlawanan pembukaan Piala Dunia, namun kedua-dua penyokong mereka yang menjadi tajuk utama akhbar.
Video di laman sosial menunjukkan penyokong Jepun membersihkan kawasan selepas kemenangan berdepan Colombia, mengutip sampah di bawah tempat duduk dekat stadium.
This could be a rare celebration at the #WorldCup, but Japan and Senegal fans were praised as they cleaned up their section following their teams' victory pic.twitter.com/dld4YVhSQ6
— TRT World (@trtworld) June 20, 2018
Penyokong Senegal juga dilihat melakukan perkara sama selepas kemenangan mengatasi Poland.
Kedua-dua penyokong melakukan sekali lagi hari ini, menjadikan tugas pembersih sukarela di Yekaterinburg Arena menjadi lebih mudah.
“Kami juga cuba memberi sokongan kepada pasukan kami dengan mengibarkan beg sampah besar berwarna biru, jadi saya rasa kami menggunakan sepenuhnya beg sampah yang kami bawa,” kata penyokong Jepun, Wataru Morita di luar stadium.
“Jadi kami tidak sabar untuk menunjukkan budaya kami kepada dunia menerusi kejohanan ini.”
“Anda tahu, kami perlu melakukannya. Kami perlu menunjukkan kepada dunia bahawa kami melakukan sesuatu yang bagus,” kata penyokong Senegal, Gora Ndoye selepas perlawanan.
Saudi Arabia, Senegal & Japan fans cleaning up after their #WorldCup games 👍🏻 pic.twitter.com/jRAhxa37Fx
— M•A•J (@Ultra_Suristic) June 20, 2018
“Kami tidak datang ke sini untuk meninggalkan sampah. Kami perlu membawanya keluar selepas setiap perlawanan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kami orang yang bagus.”
“Selepas ini ke mana saja kami pergi kami akan menerima tanggapan yang baik, kerana itu kami melakukannya.”