Kurniawan Mahu Tambadau Belajar Dari Kesilapan

Ketua Jurulatih Sabah FA, Kurniawan Dwi Yulianto mahu barisan pemainnya mengambil pengajaran berharga ketika tewas 1-3 kepada Persebaya Surabaya dalam perlawanan pra musim di Indonesia.

Skuad Tambadau mendahului melalui pemain import, Hector Ramos sebelum dua gol David da Silva dan Irfan Jaya memberikan kemenangan 3-1 kepada Persebaya di Stadium Gelora Bung Tomo pada Sabtu lalu.

Dalam perlawanan tersebut, Sabah menurunkan kesemua lima pemain import untuk saingan Liga Malaysia 2020 – Ramos, Dennis Buschening, Rodoljub Paunovic, Petrus Shitembi dan Park Tae-soo.

“Kami sememangnya mencari perlawanan berkualiti untuk menguji barisan pemain dan kami memperolehinya dari perlawanan ini walaupu tewas,” kata Kurniawan.

https://twitter.com/MUFind_/status/1226154443646717952

“Persebaya adalah naib juara Liga Indonesia pada tahun lalu dan memiliki pemain import berkualiti.

“Kami memperolehi gol awal dalam perlawanan tersebut dan mengawal permainan selama 35 minit sebelum lawan mulai mendominasi.

“Penyokong Persebaya juga memberikan kami bayangan kepada apa yang perlu dijangka dari saingan Liga Super nanti. Perlawanan pertama nanti adalah di tempat lawan menentang PDRM pada 1 Mac, maka ini adalah pendedahan yang baik.”

https://twitter.com/cloverqq1/status/1226322766518816768

Sabah akan berhadapan dengan sebuah lagi pasukan dari Indonesia esok, dan Kurniawan tidak mahu anak buahnya melakukan kesilapan mudah.

“Beberapa kali dalam perlawanan ini pemain melakukan kesilapan individu. Kami perlu lebih berhati-hati ketika melakukan hantaran,” tambah Kurniawan lagi.

“Dalam bola sepak moden, anda boleh kehilangan bola hanya kerana kesilapan sendiri. Perkara ini perlu diperbaiki. Ada kemungkinan para pemain terlalu gemuruh ketika menentang Persebaya.

“Sudah tentu saya mengharapkan pemain akan menunjukkan permainan yang lebih baik menentang Arema. Saya tidak risaukan keputusan kerana saya masih mencari kombinasi terbaik dan melihat peningkatan prestasi sebagai sebuah pasukan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN