Kurniawan Katakan Aksi Sabah Luar Biasa, Amri Yahyah Juga Ikut Luar Biasa!

Amri Yahyah Sabah FC Melaka United 2021 kurniawan komen

“Alhamdulillah, para pemain bermain sangat luar biasa!” tegas Kurniawan Dwi Yulianto selepas menyaksikan Sabah FC merekodkan kemenangan 3-1 ke atas Melaka United.

Ini adalah kemenangan ke-4 Sabah musim ini dan mereka sedang menduduki tangga ke-7 Liga Super 2021. Lebih menariknya, selepas tewas pada minggu ke-7 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), The Rhinos kini belum tewas dalam lima perlawanan.

Ia kebangkitan yang sangat baik bermula dengan kejayaan mengikat Penang FC di Stadium Bandaraya pada minggu ke-8 biarpun tempang tanpa hampir semua pemain utama pasukan. Faktor yang membantu juga tentulah ketenangan Kurniawan.

Walaupun ditekan pihak pengurusan untuk mengubah prestasi Sabah segera selepas beberapa keputusan buruk yang direkodkan, Kurniawan dilihat masih bertenang.

https://twitter.com/AfiqShari/status/1389936506165334016

Sabah berada hampir dengan zon penyingkiran sejak minggu kedua liga, sebelum mula mengorak langkah memperbaiki kedudukan selepas keputusan baik berdepan Penang. Kini, mereka sudah di tangga ke-7, hanya tiga mata daripada pasukan di kedudukan ke-5 iaitu Selangor FC dan turut berkongsi mata bersama KL City FC.

“Saya ucapkan terima kasih kepada para pemain yang bermain luar biasa pada malam ini. Memang dari awal kita arahkan permainan lebih agresif untuk menekan mereka,” jelas Kurniawan di sidang media sejurus perlawanan menentang Melaka United.

“Sebelum bermain saya katakan kita perlu curi gol dahulu kerana kita mungkin akan lebih yakin untuk pegang bola,” ujarnya sambil turut berkata yang masih ada lagi perkara yang perlu mereka lihat semula untuk diperbaiki menjelang aksi selepas ini.

Anda lihat jaringan Amri Yahyah dalam perlawanan ini? Beliau berhasil meledak dua gol peribadi pada aksi tersebut malah beliau juga sudah bergelar penjaring dalam tiga perlawanan berturut-turut – bermula dengan Selangor pada minggu ke-10 yang lalu.

Beliau membuka jaringan dengan gol tandukkan ke belakang yang menarik bermula daripada sepakan penjuru dan kemudian meledak gol kedua dengan gaya voli yang sangat menakjubkan untuk menewaskan Norazlan Razali di gawang Melaka United.

Kata Kurniawan tentang prestasi Amri Yahyah dalam tiga aksi, “Amri adalah pemain yang boleh mengubah permainan. Amri adalah pemain yang sangat berpengalaman. Walaupun berusia 40 tahun, dia sangat bijak dalam menggunakan tenaganya.”

“Sebelum bermain, saya selalu katakan kepadanya, kamu lakukan yang terbaik yang kamu boleh dalam tempoh yang telah diberi. Bagi kami, itu sudah cukup. Kami tidak harapkannya bermain 90 minit atas faktor usianya,” jelasnya mengenai Amri Yahyah.

“[Namun] Saya tidak katakan kita hanya tertumpu kepada Amri Yahyah sahaja, kerana saya percaya kepada semua pemain,” tambahnya yang pastinya kini semakin tenang.

Baca lagi artikel lain mengenai Kurniawan dan Sabah FC:

3 Perlawanan Di Stadium Likas, Kurniawan Mahu Sabah Kutip 9 Mata Maksimum

Kata-Kata Kurniawan Kepada Pemain Sabah Sehingga Berjaya Ledak Gol

Sabah Selesa Benam UiTM FC, Kurniawan Nyatakan Sebab Mereka Kian Lega

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN