Kurniawan Dwi Yulianto: Karier Kejurulatihan Saya Bakal Bermula Di Luar Negara

kurniawan-dwi-julianto-timnas-indonesia-u-22

Pengendali baharu Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto menjelaskan dan dipetik daripada potal CNN Indonesia, terdapat beberapa pasukan yang menawarkan kontrak kepadanya, namun beliau akhirnya memutuskan untuk menyertai skuad Tambadau.

Ini kerana menurutnya, Sabah menunjukkan betapa mereka serius mahu mendapatkan khidmatnya semenjak awal, sebelum Sukan SEA 2019 belangsung lagi. Kurniawan merupakan pembantu kepada ketua jurulatih skuad B-22 Indonesia, Indra Sjafri.

Indonesia mengejutkan banyak pihak selepas berjaya melangkah ke pentas akhir Sukan SEA, namun akhirnya hanya berpuas hati dengan pingat perak selepas tunduk 0-3 kepada Vietnam.

“Selama ini yang serius mahu mendapatkan saya adalah Sabah. Sudah beberapa bulan mereka mendekati saya. Dan saya telah maklumkan yang saya masih terikat dengan Persatuan Bolasepak Seluruh Indonesia (PSSI) sehingga berakhirnya Sukan SEA.

“Kalau serius mahukan saya, tunggu sehingga kontrak saya tamat,” ujarnya yang turut memaklumkan PSSI tidak membincangkan soal pelanjutan kontraknya untuk kekal bersama skuad Garuda Muda.

Dalam kontrak asalnya bersama PSSI, pengendali yang dikenali dengan panggilan ‘Si Kurus’ dikalangan pemerhati bola sepak Indonesia itu menyatakan ada menjelaskan mengenai tempoh sebulan sebelum kontrak tamat, perbincangan perlu dijalankan.

Perkara itu yang telah membulatkan tekadnya untuk memilih haluan baharu dalam karier kejurulatihannya. Ini merupakan pasukan pertama yang akan dilatihnya sebagai ketua jurulatih.

Kurniawan memulakan karier kejurulatihannya pada 2018 dan hanya menjadi pembantu jurulatih. Kariernya sebagai pemain bola sepak pula bermula pada 1994 dan menggantung but pada 2013.

“Secara peribadi, ini merupakan satu cabaran buat saya kerana saya akan melatih pasukan luar negara. Ini merupakan kali pertama saya menjadi ketua jurulatih sebuah pasukan di luar negara.

“Saya memulakan karier sebagai pemain di kelab luar negara, dan saya memulakan karier jurulatih saya, juga di luar negara,” ujarnya.

Kariernya sebagai pemain bermula di kelab yang berpengkalan di Switzerland, FC Luzern sebelum kembali ke Indonesia setahun kemudian untuk bersama kelab Pelita Bakrie (Madura United).

Bakal memudahkannya untuk menyesuaikan diri di Sabah, beliau akan disertai oleh seorang lagi jurulatih daripada Indonesia iaitu jurulatih kecergasan skuad B19 Indonesia, Sofie Imam Faizal.

Kredit Foto: Aurelius Balakosa

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN