Kurniawan Akui Tekanan Agresif Pahang Rencatkan Aksi Sabah

Sabah

Ketua jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto mengakui tekanan agresif dilakukan Pahang pada aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi telah merencatkan corak permainan seperti kebiasaan yang ditampilkan barisan pemainnya.

Keadaan itu menyaksikan Sabah tumpas 0-2 yang sekaligus menjadi kekalahan pertama mereka dalam saingan CIMB Liga Super 2020.

Kedua-dua jaringan Pahang itu dihasilkan menerusi pemain import, Ivan Carlos Franca Coelho dan Herald Mark Goulon masing-masing satu gol pada setiap separuh masa.

Bercakap dalam sidang media selepas perlawanan, pengendali kelahiran Indonesia itu menegaskan bahawa skuad Tambadau tidak bermain dengan cara permainan mereka yang sebenar berikutan tekanan hebat diberikan tuan rumah.

”Pertamanya saya ucapkan tahniah kepada Pahang atas kemenangan ini, memang menjadi kekalahan pertama bagi pasukan kami.”

”Perlawanan (malam) tadi, Pahang mengambil inisiatif untuk melakukan tekanan secara agresif sehingga memaksa kami untuk bermain hantaran jauh.”

Ini (corak hantaran jauh) sebenarnya bukan karakter kami bermain sehingga ketika kami melakukan hantaran jauh, kami terus hilang bola di hadapan kerana dua pertahanan mereka cukup tinggi. Itu yang dimanfaatkan oleh pasukan Pahang.”

”Kita akan perbaiki masalah ini sebelum kita menghadapi Perak di laman sendiri, kita tahu juga bahawa Perak adalah sebuah pasukan yang kuat. Ini mampu menjadi penilaian bagi kami.”

Kekalahan tersebut meletakkan Sabah kini di tangga keenam selepas mengumpul empat mata daripada tiga perlawanan dilalui.

Kedudukan itu akan lebih terancam buat Sabah sekiranya Terengganu FC dan Felda United berjaya menundukkan lawan masing-masing pada aksi malam ini. Terengganu akan berdepan cabaran hebat daripada Selangor manakala Felda pula akan menanti kunjungan Melaka United.

Kredit foto: Malaysian Football League (MFL)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN