Real Madrid hanya menjaringkan 13 gol daripada 9 perlawanan di Santiago Bernabeu musim ini. Lebih perit pada minggu lalu mereka kalah 2-0 di tangan Real Sociedad. Ketika perlawanan itu banyak sekali kerusi kosong di stadium.
Gol merupakan elemen penting dalam menarik kehadiran penyokong ke stadium. Salah satu sebab ramai penyokong Los Blancos malas nak datang ke stadium musim ini adalah kerana Real Madrid bergelut di hadapan gol.
6 daripada 9 gol di tempat sendiri mereka musim ini dicatat ke atas pasukan lemah Getafe dan Leganes. 7 lagi perlawanan lain dengan purata 1 gol setiap perlawanan.
Ini bermakna Real Madrid memerlukan 62 minit untuk menjaringkan 1 gol di Santiago Bernabeu setakat ini.
Berikut adalah jumlah purata minit untuk setiap gol Real Madrid di Santiago Bernabeu pada era Florentino Perez. Dan di bawah pula adalah purata minit per jaringan gergasi Eropah yang lain.
Man. City antara pasukan paling produktif di hadapan penyokong sendiri dengan purata 27 minit setiap gol. Manakala Ajax pula dengan 22.5 minit per gol.
Sebagai perbandingan, Real Madrid pernah mencatatkan purata lebih baik daripada Ajax pad 2011/12. Ketika itu Real Madrid dibimbing Jose Mourinho dan serangan diketuai Cristiano Ronaldo mencatatkan 21 minit untuk setiap gol di tempat sendiri.
Kehilangan bintang Cristiano Ronaldo antara sebab yang membuatkan Real Madrid bergelut mencari gol. Mereka hilang mesin gol. Ronaldo juga menjadi daya penarik secara publisiti untuk penyokong dari luar Madrid datang ke Santiago Bernabeu.