Kuota Import Ikut Taktikal Dollah Salleh

Terpulang kepada taktikal Ketua Jurulatih Dollah Salleh untuk menentukan pemain mana yang layak untuk mengisi kuota dua lagi pemain import Pahang bagi menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

Itulah apa yang dikatakan oleh pengurus pasukan skuad Tok Gajah, Datuk Mohammed Suffian Awang walaupun mengakui keperluan pasukan untuk memburu seorang lagi penyerang dan seorang pemain tengah untuk melengkapkan pasukan.

Kenyataan Suffian ini juga seolah-olah mengakhiri spekulasi mengenai Dickson Nwakaeme untuk kembali menyertai Pahang pada musim akan datang.

Ivan Carlos

Berdasarkan muat naik di laman sosial Instagram, pemain kelahiran Nigeria itu dipercayai sudah meninggalkan negara ini untuk kembali bersama keluarganya.

Baru-baru ini Pahang FA mengesahkan telah menandatangani dua pemain import dari Brazil dan Filipina, iaitu Ivan Carlos dan Adam Reed.

“Dengan pengalaman dimiliki kedua-dua pemain ini ia akan memperkemaskan lagi jentera pasukan terutama di bahagian serangan dan tengah,” kata Suffian kepada Berita Harian.

“Mereka sudah berada di sini dan mula menjalani latihan bersama rakan sepasukan dan diharapkan segalanya berjalan lancar,”

Herold Goulon Chanturu Pahang Felda
FOTO: MFL

Kemasukan Carlos yang pernah beraksi di Indonesia dan Reed bermakna Pahag kini sudah memiliki tiga pemain import.

Hanya pemain pertahanan dari Perancis, Herold Goulon dikekalkan dari kalangan pemain import pada musim lalu.

Manakala khidmat Safuwan Baharudin, Saddil Ramdani, Lazaruz Kaimbi dan Nwakaeme tidak diteruskan untuk saingan musim 2020.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN