‘Kumpulan Maut’ – Laluan Berliku Menanti Skuad Brad Maloney Di Piala Asia B-23

Piala Asia B-23 2022 Malaysia

Skuad B-23 negara kendalian Brad Maloney telah diundi dalam Kumpulan C bersama Korea Selatan, Thailand dan Vietnam untuk Piala Asia B-23 2022 yang dijangka bakal berlangsung pada 1 hingga 19 Jun depan.

Mungkin ada yang berkata di mana ‘mautnya’ disebabkan Malaysia diundi dengan rakan serantau. Realitinya, kita diundi bersama juara edisi lalu, Korea Selatan dan naib juara edisi 2018, Vietnam. Tak cukup maut?

Untuk Thailand, ini kali kedua, kedua-dua pasukan bakal bertemu satu sama lain selepas berada satu kumpulan di pusingan kelayakan Piala Asia B-23 di Mongolia – kedua-duanya terikat tanpa jaringan pada Oktober lalu.

Perlawanan akan dijalankan satu pusingan dengan dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir. Malaysia akan menentang Korea Selatan dalam aksi pembukaan Kumpulan C pada 2 Jun.

Kemudian, skuad muda negara akan menentang Thailand diikuti Vietnam untuk menentukan slot ke suku akhir.

Berdasarkan rekod, Malaysia pernah layak ke suku akhir dalam saingan AFC B-23 pada tahun 2018 di China ketika di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee. Ia merupakan pencapaian terbaik skuad muda negara.

Tuan rumah, Uzbekistan berada dalam kumpulan A bersama Iran, Qatar dan pendatang baharu, Turkmenistan. Kumpulan B pula dilihat diisi oleh Australia dan Jordan bersama juara edisi 2013, Iraq serta Kuwait. Arab Saudi pula diundi dalam kumpulan D bersama UAE, juara edisi 2016, Jepun dan pendatang baharu, Tajikistan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN