Saya Sudah Bersedia Untuk Turun Beraksi – S. Kumaahran

Penyerang skuad B-23 kebangsaan, S. Kumaahran ketika dihubungi Semuanya BOLA mengesahkan bahawa beliau sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan buku lali yang dialaminya ketika aksi menentang Myanmar tempohari.

“Kecederaan tersebut tidaklah terlalu serius. Saya telah menjalani proses rawatan untuk kecederaan tersebut. Bagi saya, saya telah pulih sepenuhnya,” ujar pemain berusia 21 tahun itu kepada Semuanya BOLA.

Beliau menyatakan dirinya telah bersedia untuk turun beraksi, namun menyerahkan sepenuhnya kepada ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee untuk membuat penilaian dan keputusan.

Kelincahan Kumaahran merumitkan pertahanan lawan mengawalnya. Foto: Muhammad Shah

Kehadiran Kumaahran dalam kesebelasan utama dalam aksi menentang Singapura dan Myanmar telah memberikan impak yang baik kepada jentera serangan. Tatkala Syafiq Ahmad dan Jafri Firdaus Chew gagal beraksi seperti yang diharapkan, beliau hadir memberikan sinar baharu kepada jentera serangan.

Walaupun belum berjaya menyumbang sebarang gol buat skuad negara setakat ini, aksi Kumaahran masih boleh dikategorikan di tahap yang baik.

Beliau kekal konsisten dalam mengucar-kacirkan benteng lawan walaupun ada pihak yang mempersoalkan kemampuan pemain Pulau Pinang ini. Beliau juga telah merekodkan satu bantuan gol iaitu ketika menewaskan Myanmar.

“Bagi saya, saya belum berpuas hati dengan prestasi saya ketika ini. Saya boleh beri yang lebih baik daripada ini. Oleh itu, saya akan berusaha lebih lagi di dalam padang selepas ini,” tegasnya ketika diminta mengulas mengenai prestasi semasanya untuk temasya Sukan SEA kali ini.

Kumaahran bersama-sama rakan sepasukan meraikan kemenangan ke atas Singapura.

Sementara itu apabila ditanya oleh Semuanya BOLA mengenai rakan pemain yang paling menyerlah dalam pasukan ketika ini, Kumaahran menolak untuk memilih individu tertentu tetapi menyatakan semua pemain telah menjalankan tugas dengan baik dan sentiasa memberikan 100% komitmen sekiranya turun beraksi.

Bulan lalu, skuad negara telah merekodkan kemenangan selesa 3-0 ke atas Indonesia dalam aksi kelayakan Kejohanan AFC B-23, namun Kumaahran tiada dalam skuad tersebut. Apabila ditanya jangkaannya untuk pertembungan semula kali ini, Kumaahran yakin mereka mampu mengulanginya sekali lagi.

Jafri Firdaus Chew meraikan gol menentang Indonesia di kelayakan Kejohanan AFC B-23 yang lalu. Foto: The AFC

“Indonesia pasti ingin menang ke atas kita dalam perlawanan kali ini, jadi kita perlu lebih fokus dan tidak berputus asa,” tambahnya lagi yang turut menyatakan telah mengambil beberapa input mengenai pasukan lawan daripada rakan sepasukan yang telah beraksi dalam kelayakan tempohari.

Selain itu, Semuanya BOLA turut bertanyakan reaksi beliau sekiranya berjaya menjaringkan gol ketika menentang seteru utama, Indonesia dalam aksi separuh akhir malam nanti.

“Pastinya saya akan gembira dan seronok jika dapat jaringkan gol dalam aksi separuh akhir malam ini. Ia akan menambah keyakinan saya untuk bermain di pentas final nanti,” ujarnya ringkas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN