Kuching FA Jalin Kerjasama Dengan Suwon FC Bangunkan Bakat Tempatan

Persatuan Bola Sepak Kuching (KFA) dan Suwon Football Club (Suwon FC) dari Korea Selatan telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) untuk meningkatkan kerjasama di dalam bidang pembangunan bola sepak.

MoU tersebut ditandangani Fazzrudin Abdul Rahman yang mewakili KFA dan juga Jeon Ohchan, Setiausaha Kehormat yang turut mewakili Suwon FC. Majlis menandatangani perjanjian persefahaman itu turut disaksikan oleh Menteri Perlancongan, Kesenian, Budaya, Belia & Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Kredit: Sarawak Edition, Facebook

Kuching Football Association (KFA) and Suwon Football Club (Suwon FC) from South Korea have inked a Memorandum of Understanding (MoU) to enhance bilateral co-operation in the development of football.

Abdul Karim berkata ini adalah perjanjian profesional sulung seumpama ini melibatkan kelab bola sepak daripada Kuching dengan kelab profesional daripada Korea Selatan.

Kredit: Sarawak Edition

Melalui perjanjian ini, Suwon FC akan menaja pemain daripada KFA untuk berlatih bersama mereka di Suwon City, sebuah bandar yang terletak kira-kira 30KM daripada Seoul mulai tahun hadapan.

“MoU ini adalah satu perkara positif untuk memajukan bola sepak di negeri ini. Ia sekaligus akan memberi peluang kepada pemain tempatan untuk berlatih di Korea Selatan.”

“Saya turut melihat MoU ini adalah sebahagian daripada kaedah merapatkan hubungan dua hala di antara Malaysia dan Korea Selatan dalam pelbagai aspek termasuk perlancongan,” ujar Abdul Karim.

Kredit: Sarawak Edition

Suwon FC adalah sebuah kelab profesional di Korea Selatan dan kini bersaing di Divisyen Dua K-League.

Selain daripada Suwon FC, pengurus KFA mengesahkan bahawa satu perjanjian persefahaman yang sama akan ditandatangani bersama Akademi Bola Sepak Park Ji-Sung pada tahun hadapan.

Untuk Akademi Bola Sepak Park Ji-Sung, KFA merancang untuk menghantar pasukan Bawah 14 tahun untuk menyertai kejohanan Piala Ji Sung, sebelum mereka menyertai Suwon FC untuk didedahkan dengan latihan kelab profesional Korea Selatan.

Sehubungan dengan lawatan delegasi Suwon FC ke Kuching, satu perlawanan persahabatan yang membariskan barisan selebriti dan bekas pemain kebangsaan Korea Selatan  telah diatur menentang Kuching FA pada malam tadi.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN