Kuching FA Mahu Raikan Kejayaan Sebelum Fokus Persiapan Liga Premier 2020

Kuching FA

Ketua jurulatih Kuching FA, Ideris Untong mahu skuadnya menikmati sepuas-puasnya kejayaan layak ke saingan Liga Premier 2020 sebelum memikirkan perancangan rapi membentuk skuad terbaik pada musim depan.

Jelasnya, musim 2019 sudah cukup mencabar buat anak buahnya sehingga perhitungan terakhir menundukkan pasukan berstatus “abang”, Sarawak dalam aksi playoff Liga Premier dengan keputusan 3-1 di Stadium Sarawak semalam.

Justeru, inilah masanya untuk mereka meraikan kejayaan bermakna ini terlebih dahulu sebelum kembali memikirkan apakah perancangan seterusnya untuk menghadapi saingan yang lebih mencabar musim depan.

Sudah pasti, beliau akan mula merangka strategi terbaik buat pasukan dan ingin barisan pemain lebih berusaha keras untuk mengharungi musim 2020 nanti.

“Kita bagi rehat dahulu kepada semua orang termasuk diri saya sendiri untuk sama-sama menikmati kejayaan ini.

“Selepas itu, barulah kami akan buat perancangan rapi untuk membentuk pasukan terbaik beraksi pada musim hadapan.

“Yang penting, saya memuji kerja keras semua pemain yang telah berhempas pulas pada perlawanan malam ini untuk kita akhirnya layak ke Liga Premier 2020.

“Gol kedua yang kita peroleh daripada Hafis Saperi menjadikan pasukan lebih bersemangat untuk terus mematahkan momentum Sarawak sebelum Joseph (Joseph Kalang Tie) menoktahkan kemenangan kami,” jelasnya.

Ideris yang terus kekal menyandang jawatan sebagai ketua jurulatih bagaimanapun mengingatkan kepada semua pemain untuk lebih serius hadapi musim 2020.

Beliau turut memberi bayangan tidak banyak perubahan pemain akan berlaku kerana masih lagi menagih kepercayaan tinggi buat skuad yang ada ketika ini sehingga berjaya membawa pasukan ke saingan Liga Premier.

“Liga Premier sememangnya satu liga yang lebih sengit dan saya akan beri lebih penekanan kepada pemain-pemain yang ada ketika ini.

“Kami juga akan turut mencari beberapa pemain baharu tetapi tidaklah akan membuat banyak perubahan.

“Saya berterima kasih kepada semua penyokong dan kami tidak akan hampakan mereka pada musim depan”, katanya.

Terdahulu, Sarawak beraksi dalam playoff berdepan naib juara Liga M3 Kuching FA apabila mereka menamatkan saingan Liga Premier di tangga ke-11.

Kuching FA mengikut jejak langkah Kelantan United yang terlebih dahulu layak selepas muncul juara Liga M3.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN