Kuching City Terima Tajaan Baharu Bernilai Jutaan Ringgit Untuk Musim Ini

Kuching City meneruskan rentak positif mereka pada musim ini dengan menjadi antara pasukan yang masih bebas daripada sebarang unsur masalah gaji seperti beberapa kelab lain kini.

Terus mengorak langkah positif, Kuching City kini berjaya mendapat tajaan baharu bernilai RM1 juta ringgit untuk terus menampung perbelanjaan mereka bagi saingan musim 2024/2025.

Ianya dinyatakan sendiri oleh laman tersebut, dengan syarikat Press Metal Bintulu bersetuju untuk menaja Kuching City dengan sejumlah RM1 juta diserahkan buat pasukan tersebut.

“Majlis menandatangani MOU persefahaman penajaan antara Press Metal Bintulu Sdn Bhd dan Kuching City FC telah berlangsung di Bilik Mensyuarat Aras 6, Bangunan Baitul Makmur pagi tadi.

“Dalam perjanjian persefahaman ini, Press Metal Bintulu Sdn Bhd telah bersetuju untuk menaja Kuching City FC sejumlah RM 1 juta bagi menguruskan pasukan Kuching City FC untuk musim 2024/25.

“MOU tersebut telah ditangatangani diantara wakil daripada Press Metal Bintulu Sdn. Bhd. Encik Ooi Beng Guan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Encik Iswandi Ali Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kuching City FC sambil disaksikan oleh YB Fazzrudin Abd Rahman,Pengerusi KCFC, Haji Kamaludin Haji Akil,BOD KCFC, Zainalabidin Haji Jali, BOD KCFC, Encik Low Kwong Fei, Deputy General Manager, dan Mdm Nina Melling, Manager Press Metal Bintu Sdn Bhd

“Semoga kerjasama ini dapat menyuntik semangat para pemain dan dapat menarik minat syarikat-syarikat tempatan untuk mengadakan kerjasama dengan Kuching City FC di masa hadapan,” jelas kenyataan tersebut.

Tatkala pasukan lebih besar seperti Kedah Darul Aman (Kedah) dan Sri Pahang kini menghadapi isu kewangan, tampil Kuching City mengejutkan ramai menerusi kejayaan mereka mendapatkan tajaan bernilai jutaan ringgit.

Sejak musim lalu, pasukan ini masih lagi konsisten tidak menghadapi sebarang isu gaji selain mereka turut mempertaruhkan ramai bakat-bakat tempatan daripada menandatangani ramai pemain bintang.

Walaupun ada beberapa rombakan dibuat pada musim ini, ianya masih belum menjejaskan pasukan tersebut daripada segi masalah dalaman yang mampu merosakkan nama baik mereka dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia.

Tajaan itu juga pastinya akan menaikkan lagi moral pasukan tersebut yang sebelum itu berjaya melayakkan diri ke pentas suku akhir Piala FA selepas Kuching City mencipta kejutan untuk mengatasi Kuala Lumpur City (KL City).

Kini, segalanya terserah buat para penyokong sendiri untuk memberi galakan positif buat pasukan kesayangan mereka dengan lebih ramai ditagih untuk ke stadium demi memberi sokongan buat kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN