Kuching City: Skuad ‘Pengacau’ Berpotensi Kepada Pencabar Era Baharu

Kuching City secara rasminya berjaya meraih perhatian ramai pada kali ini dalam saingan Liga Super musim 2024/2025, dengan mereka belum mencipta sebarang kekalahan selepas mengharungi lima perlawanan.

Aksi terbaharu menyaksikan mereka berjaya mencipta kemenangan 1-0 menerusi aksi cukup menyakinkan di laman sendiri ketika menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) hasil jaringan Jordan Mintah.

Hadir dengan momentum cukup positif, skuad pelawat sebenarnya terlebih dahulu memberi asakan bertali arus menerusi khidmat import baharu mereka iaitu Layth Kharoub demi memberi tekanan kepada Kuching City.

Namun, segalanya berubah tidak lama kemudian, apabila Kuching City jelas lebih dominan di posisi serangan sehingga berjaya bangkit dengan satu gol untuk meraih tiga mata penuh.

Jaringan tunggal daripada Jordan Mintah itu juga menjadikan beliau kini terus menjadikan dirinya sudah mengumpul lima gol secara keseluruhan di pentas domestik.

Siapa sangka, daripada salah satu kelab belasahan musim lalu kini Kuching City menjadi pasukan ‘pengacau’ paling merimaskan buat kelab-kelab lain.

Catatan setakat ini menyaksikan mereka hanya merekodkan satu kekalahan sahaja dalam aksi Liga Super dan lapan daripadanya menunjukkan Kuching City tidak keciciran walau satu mata.

Lebih menarik, pasukan ini juga langsung tidak mencipta sebarang kekalahan sejak lima aksi lalu di saingan Liga Super dan meraih dua kali seri serta dua kemenangan.

Mengikat seri Kedah Darul Aman (Kedah) serta meraih kemenangan berdepan Perak serta di mana kedua aksi tersebut berlangsung di gelanggang lawan, menjadikan mereka kini sangat menarik untuk dinilai pemerhati bola sepak tempatan.

Jika dibandingkan musim lalu, Kuching City boleh dianggap berubah dengan sangat drastik terutama sekali membabitkan kualiti pemain serta corak permainan diperkenalkan oleh Aidil.

Pengalaman luas dimiliki beliau sebelum itu digunakan sebaik mungkin untuk menaik taraf kualiti permainan Kuching City demi memberi persaingan lebih hebat berbanding musim lalu.

Malah kualiti pemain-pemain ditandatangani Kuching City setakat ini juga jelas memberi impak yang begitu besar buat perancangan Aidil bersama pasukan tersebut.

Salah seorang pemain kunci beliau sudah tentu terarah kepada pemain tengah pinjaman mereka musim ini, Daniel Amier yang mempamerkan kualiti cukup hebat selaku nadi utama kelab.

Melihat kepada peningkatan ketara Kuching City kini, tidak keberatan untuk kami menyifatkan mereka mungkin dapat menukar status daripada ‘pengacau’ kepada ‘pencabar’ musim ini.

Bagaimana pula pandangan anda untuk aksi hari ini membabitkan Kuching City bertemu Selangor?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN