Kuching City Miliki Segala Kelebihan Untuk Atasi Cabaran Penang

Kuching City bakal mengharungi aksi Liga Super seterusnya pada musim 2024/2025 ini dengan pertemuan seterusnya membabitkan pasukan tersebut menentang cabaran daripada Penang pada hari ini.

Hadir dengan reputasi cukup tinggi setakat ini, Kuching City pastinya ingin meneruskan momentum positif untuk meraih kemenangan seterusnya pada aksi tersebut.

Rekod Liga Super sebelum ini menyaksikan mereka masih belum mencipta sebarang kekalahan dalam tiga perlawanan lalu dengan dua kemenangan diperoleh ketika mengetepikan cabaran PDRM serta Perak.

Sementara aksi menentang Kedah Darul Aman (Kedah) pula menyaksikan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak berjaya mendapat keputusan seri untuk sekurangnya meraih satu mata di gelanggang lawan.

Bertemu Penang pada aksi hari ini sudah tentu Aidil mempunyai perancangan tersendiri demi memastikan momentum cemerlang Kuching City terus dipertahankan, apatah lagi mereka bakal beraksi di halaman sendiri.

Sejak kemasukan Aidil selaku jurulatih utama pasukan tersebut pada pertengahan tahun lalu, jelas Kuching City mengalami perubahan sangat ketara terutama membabitkan corak permainan mereka.

Daripada sebuah kelab belasahan pada tahun lalu, mereka mencipta perubahan begitu ketara pada musim ini serta berjaya memberi persaingan buat pasukan elit seperti Terengganu serta Selangor.

Nama bintang seperti Daniel Amier, Jordan Mintah, dan Tchetche Kipre sentiasa memberi suatu impak yang besar buat Kuching City sejak awal saingan liga berlangsung.

Walaupun begitu, Aidil juga perlu berwaspada akan Penang yang turut merekodkan keputusan cukup cemerlang pada aksi terakhir menerusi kemenangan 3-0 mengatasi Kelantan Darul Naim (KDN).

Walaupun tampil dengan masalah konsistensi sejak awal musim, kini Akmal Rizal Ahmad Rakhli selaku pengendali kelab tersebut mungkin boleh menarik nafas lega ekoran keputusan positif telah diraih.

Rodrigo Dias, Rafael Vitor, Richmond Ankrah dan Nik Akif Syahiran antara tunjang utama kekuatan pasukan tersebut untuk menghadapi cabaran getir daripada Kuching City petang ini.

Selain itu, Akmal juga memiliki beberapa pilihan pemain muda berkualiti yang dapat dipertaruhkan beliau untuk memperkukuhkan Penang di segenap posisi.

Pada pandangan anda, adakah Kuching City mampu mengekalkan momentum positif atau Penang bakal mencipta kejutan untuk mengatasi cabaran pasukan tuan rumah?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN