Kuching City Di Landasan Terbaik Untuk Banggakan Penyokong Bola Sepak Sarawak

Kuching City kini boleh dianggap berada di landasan terbaik untuk merekodkan kejuaraan sulung mereka dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), selepas kejayaan mereka mara ke pusingan separuh akhir bagi saingan Challenge Cup 2023.

Musim pertama dalam saingan Liga Super, segalanya tidak mudah untuk pasukan tersebut untuk tampil konsisten selepas mereka hanya mampu merekodkan satu kemenangan sahaja.

Kali terakhir pungutan mata tersebut diraih skuad tersebut pada 25 Februari 2023, dengan kemenangan sulung dalam saingan liga itu bagi mengatasi cabaran Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Selebihnya, mereka hanya mampu meraih beberapa kali keputusan seri serta mencatat kekalahan demi kekalahan untuk terperosok di dasar Liga Super 2023.

Untuk kejohanan domestik lain, Kuching City juga tidak merekodkan sebarang keputusan boleh dibanggakan selepas menamatkan cabaran Piala FA dan Piala Malaysia di pusingan 16 terbaik sahaja.

Namun, untuk aksi Challenge Cup jelas segalanya memberi sinar baharu kepada pasukan tersebut yang kini berjaya melangkah dengan penuh gah ke pusingan separuh akhir.

Lebih manis, Kuching City juga mengetepikan cabaran pasukan pilihan ramai iaitu Kedah Darul Aman (Kedah) menerusi kemenangan agregat 4-0 bawah kendalian Aidil Sharin Sahak.

Detik 4 Oktober 2023 mungkin boleh dianggap sebagai suatu tarikh yang sangat manis untuk dikenang penyokong Kuching City bertahun lamanya kerana kejayaan pasukan itu menewaskan salah satu gergasi Liga M di gelanggang pasukan lawan.

Segalanya tidak mudah buat Kuching City untuk tampil lebih baik mengatasi jangkaan ramai, kerana ianya mula berlaku selepas ada rombakan dibuat pada pertengahan musim dengan membabitkan kejurulatihan serta pemain.

Aidil yang membawa nama cukup besar dalam saingan Liga M sebelum itu bersama Kedah menjadi pilihan Kuching City untuk menerajui mereka di tampuk kejurulatihan pada pertengahan musim.

Walaupun tidak mencatat keputusan yang sempurna pada awal kendaliannya, secara perlahan-lahan corak permainan pasukan tersebut tampil lebih baik dan hampir mencipta kejutan mengatasi kelab-kelab besar seperti Sabah dan Sri Pahang.

Malah, kelibat pemain import seperti Abu Kamara, Petrus Shitembi, serta Pedro Henrique juga kini tampil sangat menyakinkan untuk memberi kekuatan tambahan buat Kuching City.

Sukar untuk diketahui sejauh mana momentum positif pasukan tersebut mampu dikekalkan untuk aksi separuh akhir seterusnya berdepan Kelantan United serta baki saingan Liga Super.

Namun, segalanya terserah kepada mereka sendiri untuk menamatkan musim 2023 dengan keputusan di luar jangkaan serta memberi senyuman buat penyokong bola sepak di Sarawak yang sudah lama tidak melihat trofi kejuaraan hadir di negeri tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN