Kuantan FA Tidak Jadi Tarik Diri Dari Liga Malaysia?

Pasukan dari Liga Premier, Kuantan FA yang dilanda masalah tunggakan gaji sehingga para pemainnya mengambil keputusan untuk angkat kaki dikhabarkan telah mendapat talian hayat untuk meneruskan saingan dalam Liga malaysia.

Menurut laporan daripada Sinar Harian, perkhabaran gembira ini dinyatakan Ketua Pengendali Kuantan FA, Ismail Zakaria pada sidang media sebentar tadi.

“Pemain dan staf kejurulatihan telah mengadakan perbincangan secara terbuka dua hari lepas dengan penaja tersebut.

“Penajaan ini akan bermula April dan apa yang saya boleh katakan individu (penaung) terbabit juga menjadi penaja bagi dua pasukan pantai timur yang beraksi dalam saingan Liga Perdana serta Piala FAM,” jelasnya.

Ismail bersama beberapa pemain Kuantan FA pada sidang media, sebentar tadi. FOTO: Sinar Harian.

Beberapa hari lalu, para pemain dan barisan jurulatih pasukan itu sudah hilang sabar apabila isu tunggakan gaji sehingga kini masih belum menemui jalan penyelesaian.

Bukan hanya gaji pemain dan pegawai tidak dibayar bermula Januari lalu hingga kini, malah elaun yang sepatutnya diterima pemain Disember lalu juga tidak dibayar hingga kini.

Lebih menyedihkan pemain menyatakan pengurusan sudah berjanji lebih tujuh kali untuk menyelesaikan masalah tunggakan gaji, namun ia hanya tinggal janji.

Beberapa pemain pasukan itu sudah pun angkat kaki menyertai pasukan lain demi kelangsungan hidup kerana mereka perlu membayar hutang peribadi dan menyara keluarganya.

Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam mesyuarat kali keeempat bagi penggal 2017-2021 bulan lepas telah mengarahkan Kuantan FA membayar tunggakan gaji kepada pemain dan staff pasukan itu.

Malah, Kuantan FA diberi tempoh 30 hari daripada tarikh keputusan itu dikeluarkan.

Jika pihak pengurusan persatuan-persatuan tersebut terus gagal membayar jumlah tunggakan seperti yang diarahkan, maka mereka akan dihadapkan kepada Jawatankuasa Tataterib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM, untuk tujuan pertimbangan dan keputusan berikutnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN