RASMI: Kuantan FA Kini Tidak Lagi Beraksi Dalam Liga Malaysia

Kini telah pun sah, satu lagi pasukan Liga Malaysia ‘terkubur’.

Malaysian Football League (MFL) telah secara rasmi telah mengugurkan pasukan 100 Plus Liga Premier iaitu Kuantan FA dari saingan kedua tertinggi bola sepak Malaysia itu.

Keputusan untuk menamatkan penyertaan Kuantan FA dari saingan Liga Malaysia itu berkuatkuasa secara serta merta.

Keputusan untuk menggugurkan Kuantan FA dari Liga Malaysia telah dipersetujui oleh pihak Lembaga Pengarah MFL dan isu ini telah dipanjangkan kepada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mendapatkan sokongan penuh.

Kemuncak kepada kesalahan yang dilakukan oleh Kuantan FA pada musim ini adalah apabila mereka tidak muncul di Stadium Shah Alam untuk perlawanan liga menentang PDRM FA tempoh hari.

Keputusan untuk tidak munculkan diri ketika perlawanan itu menjadi isu apabila Kuantan FA tidak memaklumkannya lebih awal kepada pihak MFL terlebih dahulu.

Gambar: Malaysian Football League

Menurut MFL, kegagalan untuk menghadirkan diri ke perlawanan adalah satu kesalahan besar dalam perjanjian penyertaan pertandingan Liga Malaysia.

Menerusi laman MFL di Facebook, badan penganjur liga itu berkata mereka telah pun menghantar surat kepada pihak FAM mengenai pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pasukan tersebut.

Hal ini termasuklah masalah dalam pasukan yang dimana hal urusan pembayaran gaji melibatkan para pemain dan juga pegawai tidak berjaya dilunaskan oleh pihak pasukan.

Menurut MFL, perihal mengenai kedudukan liga akan diumumkan kemudian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN