Sebut sahaja Stade de France, kita semua pasti teringat kemenangan 3-0 Perancis ke atas Brazil dalam perlawanan akhir Piala Dunia 1998.
Siapa boleh lupa saat Ronaldo dikhabarkan tidak dapat bermain dalam perlawanan akhir kerana mengalami sawan beberapa jam sebelum perlawanan akhir tersebut?
Siapa boleh lupa kejutan di media apabila 72 minit sebelum sepak mula perlawanan akhir tersebut, tiba-tiba nama Ronaldo disenaraikan pula. Sedangkan dalam kesebelasan utama yang dikeluarkan 3 jam sebelum perlawanan, nama Ronaldo telah digantikan oleh Edmundo!
Siapa boleh lupa teori konspirasi yang mendakwa Nike – penaja Ronaldo – memaksa Brazil menurunkan Ronaldo pada saat-saat terakhir walaupun beliau sebenarnya kurang sihat?
Semua ini adalah memori yang terpahat kukuh dalam ingatan kita semua bila bercakap tentang Stade de France – sebuah stadium ikonik dan antara yang terbaik di dunia.
Tetapi tahukah anda Stadium Nasional Bukit Jalil kita sebenarnya telah diiktiraf lebih baik daripada Stade de France?
Pada tahun 2018, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) telah dinobatkan sebagai ‘Stadium of The Year’ di World Stadium Congress Awards yang berlangsung di Amsterdam. Dalam anugerah ini, SNBJ mengalahkan 3 lagi finalis yang bukan calang-calang hebat dari Perancis: Stade de France, U Arena dan Nouveau Stade de Bordeaux.
Sementara itu KL Sports City, kompleks yang menempatkan SNBJ turut memenangi anugerah ‘Exterior Lighting Design’ di Asia Pacific Property Awards 2018-2019 di Bangkok.
Kejayaan SNBJ ini adalah hasil kerja Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) sebagai kontraktor dan Populous sebagai arkitek.
Hasil kerja berkelas dunia inilah yang membolehkan kita menjadi hos Sukan SEA 2017 dan paling tidak boleh dilupakan oleh peminat bola sepak pada 2019 – menjadi gelanggang keramat yang menyaksikan Harimau Malaya menumbangkan Thailand dan Indonesia dalam masa 5 hari!
Terkini MRCB baru sahaja membangunkan Tria Seputeh, sebuah kediaman berlatarbelakangkan persekitaran hijau yang sesuai dengan gaya hidup bandar moden di 9 Seputeh – kira-kira 15 minit dari SNBJ.
Tria Seputeh mempunyai pelbagai kemudahan kelas pertama seperti kolam renang, gimnasium, club house, BBQ pit, chess garden, taman permainan, taman rekreasi, skate park, rooftop garden dan banyak lagi.
Tetapi yang paling menarik, ia turut mempunyai Promenade Boulevard – di mana Promenade Boulevard merupakan taman riadah sepanjang 1km dan ianya menyediakan zon riadah seperti subway track, nature trail, taman papan luncur (skate park) dan banyak lagi.
Selain itu, ianya juga terdapat kemudahan sempurna untuk anak-anak anda mengasah skil dan kemahiran teknikal bola sepak mereka supaya pada satu hari nanti mereka dapat menjadi bintang baru yang mengukir nama di SNBJ.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengapa Tria Seputeh adalah kediaman sempurna untuk keluarga, anda boleh menghubungi (+603)-7971-9983 atau melayari laman web rasmi mereka di https://triaseputeh.com.my/
Diskaun 5% akan diberikan jika anda merupakan bumiputera. Hubungi Tria Seputeh sekarang!