‘Kualiti Permainan Penang Makin Diragui’- Rombakan Baharu Bakal Dibuat?

Penang menjadi antara pasukan yang tampil dengan corak permainan paling tidak konsisten musim ini, selepas beberapa keputusan perlawanan menyaksikan ianya memberi impak negatif.

Tampil bawah kendalian Chong Yee Fat dan Manzoor Azwira, segalanya tampak tidak begitu banyak perubahan positif mampu dijelmakan Penang sejak awal saingan Liga Super serta kejohanan domestik lain musim ini.

Setelah menamatkan persaingan Liga Super musim lalu di tangga tercorot, beberapa rombakan besar dibuat Penang untuk menambah kekuatan bagi membawa cabaran lebih sengit bersama pasukan lain.

Malah, mereka menjadi pasukan yang paling awal membuat persiapan dengan memperkenalkan barisan pemain baharu di segenap posisi dalam usaha untuk bertambah baik.

Selain itu, Penang juga berjaya muncul juara dalam saingan pra musim yang digelar sebagai Piala Harapan dan memberi bunga-bunga harapan buat para penyokong mereka sebelum aksi bermula.

Tetapi sebaliknya berlaku dengan Penang tampil begitu mengecewakan selepas tiada kemenangan dapat dilakar daripada tiga perlawanan awal Liga Super dihadapi.

Penang turut mencatat kekalahan mengejutkan di tangan Kelantan pada perlawanan ketiga Liga Super selepss merekodkan keputusan 1-2 dalam aksi berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Hanya pada perlawanan keenam Liga Super baru Penang berjaya merekodkan kemenangan sulung mereka musim ini ketika mereka membenam cabaran Perak menerusi keputusan penuh 3-1 di laman sendiri.

Secara keseluruhan, Penang hanya merekodkan lima kemenangan sahaja ketika ini daripada 18 perlawanan dihadapi mereka untuk mengumpul 19 mata.

Ketika ini mereka berada di tangga ke-10 dan dianggap tidak sepatutnya buat pasukan tersebut selepas pelbagai persiapan dibuat sejak awal musim.

Tampil ketika ini suara-suara segelintir penyokong di media sosial yang tidak berpuas hati dengan corak permainan ditampilkan Penang sehingga memberi kesan kepada keputusan perlawanan.

Sesuatu menjadi tanda tanya ketika ini jika pengurusan Penang bakal merombak semula kejurulatihan atau mengekalkan sahaja dua jurulatih tersebut kini sehingga musim hadapan.

Jika Penang memasang impian untuk merombak kejurulatihan semula pada masa akan datang, kelibat Sulaiman Hussin antara nama yang dianggap berpotensi dan sesuai untuk mengendalikan kelab tersebut.

Hadir dengan reputasi yang baik ketika mengendalikan UKM serta pembantu kepada Irfan Bakti Abu Salim ketika menguruskan Kuching City menjadikan jurulatih muda ini antara cadangan sesuai untuk diketengahkan.

Walaupun begitu ianya kekal keputusan milik pengurusan Penang sendiri untuk menentukan hala tuju pasukan dengan terus memberi kepercayaan buat staf kejurulatihan kini atau merombak semula dalam masa terdekat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN