Kedah Wajib Waspada Kualiti Penyudah Tajam Bergson

Saingan Liga Super terus bersambung dengan malam esok melibatkan satu perlawanan sahaja mempertemukan antara Kedah Darul Aman (KDA) menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman (SDA).

KDA yang mencatat kekalahan pada Sabtu lalu di tangan Petaling Jaya City (PJ City), pastinya mengharapkan dapat kembali bangkit pada aksi ini untuk terus memperbaiki kedudukan dalam carta liga.

Manakala JDT pula, pasukan ini sudah pun mengesahkan kejuaraan mereka musim ini dengan lebih awal setelah kejayaan kelab tersebut membenam cabaran Negeri Sembilan sebelum itu, selain faktor Terengganu menewaskan Sabah.

Berdasarkan rekod pertemuan, kedua pasukan ini bakal membuat perhitungan buat kali pertama musim ini setelah sebelum itu perlawanan terpaksa ditunda kerana faktor tidak dapat dielakkan.

Dari segi kualiti permainan, jelas KDA bakal menghadapi satu lagi perlawanan sukar buat diri mereka biarpun berkelebihan beraksi di laman sendiri pada malam esok.

Ini merupakan tiga pemain tumpuan yang dijangka bakal memberikan impak penting pada perlawanan malam esok buat pasukan masing-masing menerusi aksi mereka di atas padang.

Mahmoud Al-Mardi

Ketiadaan pemain tersebut pada Sabtu lalu jelas sangat dirasai oleh KDA di bahagian serangan, apabila Al-Mardi ketika itu  disahkan menjalani hukuman gantung satu perlawanan ketika menentang PJ City.

Al-Mardi yang menyertai KDA pada pertengahan musim ini jelas meninggalkan impak positif di bahagian serangan pasukan menerusi kualiti individu beliau yang sangat baik.

Berdepan JDT pada malam esok, ketajaman dan kelincahan Al-Mardi pastinya ditagih Aidil Sharin Sahak untuk mendapatkan gol buat KDA di hadapan para penyokong sendiri.

Bergson da Silva

Penjaring terbanyak saingan Liga Super itu ketika ini berada pada prestasi terbaik beliau untuk aksi malam esok menentang tuan rumah, KDA di gelanggang lawan.

Berbekalkan 24 gol beliau ketika ini dalam saingan Liga Super, jelas penyerang dari Brazil ini bakal menjadikan pertahanan KDA perlu bekerja keras untuk menghalang Bergson daripada mencipta sebarang peluang.

Kelebihan Bergson terletak pada kekuatan fizikal serta beliau sangat bijak untuk  sentiasa berada di posisi yang tepat bagi menerima umpanan rakan sepasukan sebelum diterjemahkan dalam bentuk gol.

Berdasarkan jumlah jaringan yang dihasilkan Bergson setakat ini dalam saingan Liga Super, penyerang dari Brazil ini jelas akan terus membuktikan sesuatu di SDA malam esok.

Arif Aiman Hanapi

Dua jaringan gol diledak Arif ketika berdepan Negeri Sembilan merupakan suatu amaran mengenai diri beliau juga merupakan seorang yang sangat tajam di hadapan gol musim ini.

Pemain muda ini jelas menjadi kunci utama serangan JDT menerusi kelincahan beliau yang sering menyukarkan mana-mana pertahanan lawan untuk mematikan langkahnya daripada terus bebas bergerak.

Pemain muda negara ini juga memiliki kekuatan yang baik untuk melepaskan rembatan deras ke arah gol lawan sekiranya beliau mendapat ruang terbaik untuk membuat percubaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN