Kualiti Hasbullah Abu Bakar Raih Pujian Penuh Daripada Penyokong Kedah

Kelibat pemain baharu Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Hasbullah Abu Bakar jelas antara yang menerima pujian penuh daripada para penyokong pasukan tersebut selepas mereka mengharungi aksi menentang Kuching City.

Pada aksi tersebut, skuad kendalian Nafuzi Zain mencatat keputusan seri 1-1 bersama Kuching City di Stadium Darul Aman (SDA), Alor Setar bersama aksi ditampilkan kedua pasukan sengit.

Gol Kedah terhasil menerusi Hasbullah Abu Bakar di separuh masa kedua, sebelum kelebihan tersebut dipadam oleh penyerang Kuching City iaitu Jordan Mintah menerusi sepakan penalti untuk mengikat keputusan seri.

Secara keseluruhan, Kedah jelas lebih menguasai permainan jika dibandingkan pasukan pelawat yang banyak melancarkan siri serangan balas sahaja.

Namun, Kedah memiliki isu daripada segi kualiti penyudah serta faktor ketangkasan Shahril Sa’ari sendiri selaku penjaga gol utama Kuching City yang banyak menafikan percubaan-percubaan berbahaya tuan rumah.

Pada aksi tersebut juga menyaksikan Nafuzi Zain mencipta beberapa rombakan dalam kalangan pemain kerana isu kecederaan dihadapi membabitkan beberapa tonggak kelab.

Hasbullah Abu Bakar sehingga kini sudah dua kali beraksi dalam kesebelasan utama dan kali ini khidmat beliau digunakan pada aksi tersebut selaku pemain tengah Sang Kenari untuk membentuk gandingan bersama Habib Haroon serta Milos Gordic.

Kualiti ditampilkan Hasbullah boleh dianggap sangat menyakinkan menerusi kerajinan beliau untuk bergerak serata padang demi memastikan aliran bola sentiasa dalam penguasaan Sang Kenari.

Malah, anak jati Johor ini juga tampil dengan sangat agresif dalam memberi tekanan-tekanan tinggi kepada pasukan lawan selain bijak mencipta hantaran-hantaran berkualiti di hadapan.

Catatan semasa menyaksikan Hasbullah sudah pun meledak dua gol musim ini bersama Kedah dalam empat perlawanan dihadapi di pentas domestik.

Menerusi komen di media sosial, jelas Hasbullah mendapat pujian ramai penyokong yang turut menyifatkan kualiti beliau sangat baik untuk membantu Sang Kenari musim ini.

Malah, kualiti Hasbullah sebenarnya telah pun mendapat pujian sejak aksi membabitkan Sang Kenari menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu lalu dalam saingan separuh akhir Piala FA menerusi ketenangan beliau mengawal jentera tengah.

Untuk aksi seterusnya, dijangka Hasbullah akan terus memainkan peranan penting bawah kendalian Nafuzi untuk memastikan keseimbangan pasukan lebih terjamin di posisi tengah mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN